Majlis Pelancaran Kajian Air Panas Ulu Slim, Perak

SG.KLAH,TANJONG MALIM 28 FEBRUARI 2014 - Majlis pelancaran telah diadakan pada 28hb Februari 2014 di Felda Residence Hotspring, Sg. Klah, Perak dan telah disempurnakan oleh YBhg Datoโ€™ Yunus Abd. Razak, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Tujuan majlis diadakan ialah untuk mewar-warkan kepada Kerajaan Negeri, pihak berkuasa terlibat dan masyarakat setempat pelaksanaan kajian air panas di Ulu Slim, Perak.

8

Pendaftaran oleh jemputan

 


 Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Kamaludin b. Hassan selaku Pengerusi Projek dan diikuti ucapan perasmian oleh Ybhg. Datoโ€™ Yunus b. Abd. Razak (Ketua Pengarah JMG Malaysia). Persembahan montaj sebagai gimik perasmian telah menandakan rasminya majlis. Di akhir majlis, tetamu jemputan telah dibawa melawat ke pameran poster berkaitan kajian.

5

Ucapan perasmian oleh Dato' Ketua Pengarah

6

Persembahan montaj pelancaran kajian air panas

7

Sesi melawat poster berkenaan kaijan yang akan dijalankan

Written by : khalis