MAJLIS PERSARAAN JMG PERAK 2017

MAJLIS PERSARAAN JMG PERAK 2017

IPOH, 15 November 2017: Satu majlis bagi meraikan pesara dan bakal pesara dikalangan warga JMG Perak telah diadakan di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Majlis persaraan pada kali ini dianggap amat mendatangkan kesan kepada seluruh warga JMG Perak kerana turut melibatkan dua tokoh pegawai di peringkat pengurusan tertinggi iaitu Tuan Pengarah, Tuan Mohd Sidi Bin Daud dan Timbalan Pengarah, Tuan Hj Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan yang masing- masing bersara pada 17 November 2017 dan 1 November 2017. Turut diraikan En. Tan Pang Teck (Pembantu Galian) yang bersara pada 5 Februari 2017, En. Ruslan Ghani Bin Md Ariff (Pembantu Awam) yang bersara pada 2 Februari 2017 dan En. Mohd Ihsan Alwi Bin Ahmad Shazili (Pemandu Kenderaan) yang akan bersara pada 12 Januari 2018. Majlis berlangsung dalam suasana yang penuh gemilang dan harmoni, bertemakan "Budi Disanjung & Jasa Dikenang".

Secara ringkasnya biodata persara yang diraikan adalah seperti berikut;

1. Nama : Mohd Sidi Bin Daud
Jawatan : Pengarah C54
Tarikh Lahir : 17.11.1957
Tempat Lahir : Kelantan
Tarikh Lantikan Pertama : 21.5.1982
Opsyen Bersara Paksa : 17.11.2017
Anugerah : Ahli Mahkota Pahang (AMP)
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Geologi, UKM
Pengiktifaran Professional : P. Geol.
Pengalaman Bekerja : 1982-1995 Pegawai Kajibumi
1995-2000 Pengarah Kajibumi Negeri Pahang
2001-2004 Ketua Pegawai Kajibumi JMG Sabah
2004-2006 Ketua Aktiviti Unit Penderiaan Jauh BPT
2006-2015 Timbalan Pengarah Geosains JMG SWP
2015-2017 Pengarah JMG Perak

2. Nama : Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan
Jawatan : Timbalan Pengarah C54 (KUP)
Tarikh Lahir : 1.11.1957
Tempat Lahir : Gerik, Perak
Tarikh Lantikan Pertama : 6.10.1981
Opsyen Bersara Paksa : 1.11.2017
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Geologi, UKM
Pengiktifaran Professional : P. Geol.
Pengalaman Bekerja : 1981-1986 Pegawai Kajibumi Mineralogi & Petrologi
1987-1990 Pegawai Kajibumi Pemetaan Rantau
1990-1996 Pegawai Kajibumi Eksplorasi Radioaktif
1997-2015 Pegawai Kajibumi Mineralogi & Petrologi
2015-2017 Timbalan Pengarah JMG Perak/ KUSM

3. Nama : Tan Pang Teck
Jawatan : Pembantu Galian C26
Tarikh Lahir : 05.02.1957
Tempat Lahir : Perak
Tarikh Lantikan Pertama : 02.01.1980
Opsyen Bersara Paksa : 05.02.2017
Anugerah : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2000 & 2016)
Kelulusan : M.C.E & H.S.C
Pengalaman Bekerja : 02.01.1980 Dilantik sebagai Pembantu Galian Sementara
04.02.1980 Bertukar dari Merinyu Galian Wilayah Selatan ke Kuala Lumpur
02.01.1981 Dilantik sebagai Pembantu Galian Tetap
01.01.1983 Bertukar dari Pejabat Galian Kuala Lumpur Utara ke Pejabat Galian Wilayah Timur, Kuantan
01.01.1989 Bertukar ke Institut Penyelidikan Galian, Perak
01.11.1991 Bertukar ke Pejabat Pengarah Galian Wilayah Utara Ipoh, Perak
16.03.2002 Dinaikkan pangkat dari Gred C7 ke Gred C6 dan ditempatkan di JMG Terengganu
01.01.2005 Bertukar ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh
01.08.2008 Bertukar ke JMG Perak dan dinaikkan pangkat dari jawatan Pembantu Galian C22 ke gred C26

4. Nama : Ruslan Ghani Bin Mohd Ariff
Jawatan : Pembantu Awam H11
Tarikh Lahir : 02.02.1957
Tempat Lahir : Perak
Tarikh Lantikan Pertama : 02.09.1977
Opsyen Bersara Paksa : 02.02.2017
Anugerah : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2006)
Kelulusan : S.R.P
Pengalaman Bekerja : 02.09.1977 Dilantik sebagai Buruh Am dan ditempatkan di Makmal Penyiasatan Kajibumi, Ipoh
09.10.1981 Bertukar ke Pejabat Penyiasatan Kajibumi Seremban
01.12.1990 Bertukar ke Cawangan Projek Kajian Sumber Air Tanah Ipoh
01.11.2000 Perlantikan sebagai Pekerja Rendah Awam R1
01.01.2001 Bertukar ke JMG Perak
01.07.2009 Dinaikkan pangkat ke Gred R4 (KUP)
Menerima Sijil Penghargaan melebihi 25 tahun perkhidmatan daripada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
01.11.2013 Pertukaran perlantikan melalui pemberian opsyen jawatan Pekerja Rendah Awam R4 (KUP) ke Skim Perkhidmtan Pembantu Awam Gred H11

5. Nama : Mohd Ihsan Alwi Bin Ahmad Shazili
Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred H11
Tarikh Lahir : 12.01.1958
Tempat Lahir : Perak
Tarikh Lantikan Pertama : 28.04.1980
Opsyen Bersara Paksa : 12.01.2018
Anugerah : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2004 & 2015)
Kelulusan : SPVM
Pengalaman Bekerja : 28.04.1980 Dilantik sebagai Buruh Am di Makmal
Penyiasatan Kajibumi Ipoh
18.03.1994 Dilantik sebagai Pemandu Kenderaan Bermotor
01.01.2001 Perlantikan sebagai Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R1 dan bertukar ke JMG Perak
01.07.2009 Kenaikan pangkat dari Gred R3 ke Gred R6 (KUP)
01.11.2013 Pertukaran melalui pemberian opsyen jawatan Pemandu Kenderaan Gred R6 (KUP) ke Skim Perkhidmatan Pemandu Kenderaan Gred H11

Majlis berlangsung sepertimana direncanakan seperti berikut;

Ucapan aluan Pengacara Majlis (Pn. Nurhana bt. Yahya)
Bacaan doa (En. Mohd Zaid b. Aziz)
Ucapan wakil Pengarah (En. Basharuddin b. Ismail, KUGS)
Ucapan pesara;
- Tuan Mohd Sidi b. Daud
- Tuan Hj. Mohd Zaidi b. Mohd Hasan
- En. Tan Pang Teck (tidak dapat hadir)
- En. Mohd Ihsan Alwi b. Ahmad Shazili
- En. Ruslan Ghani b. Md Ariff
Tayangan Multimedia Gambar Kenangan
Penyampaian Hadiah
Jamuan (Hi Tea) sambil beramah mesra dan bergambar

Petikan puisi perpisahan:

Bak air yang mengalir...
Tiba jua kiranya pada muara waktu...
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu...
Berbunga mesra dalam jambangan kenangan...
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku...

Berjumpa dan berpisah adat manusia
Hilang di mata, di hati tidak lupa
Berdoalah, agar aman sentosa
Semoga berjumpa di lain masa

"BUDI DISANJUNG, JASA DIKENANG".

 Bersara 2017 1Bersara 2017 2aBersara 2017 2bBersara 2017 2cBersara 2017 2d

Written by : azmi