IPOH, 15 November 2017: Satu majlis bagi meraikan pesara dan bakal pesara dikalangan warga JMG Perak telah diadakan di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Majlis persaraan pada kali ini dianggap amat mendatangkan kesan kepada seluruh warga JMG Perak kerana turut melibatkan dua tokoh pegawai di peringkat pengurusan tertinggi iaitu Tuan Pengarah, Tuan Mohd Sidi Bin Daud dan Timbalan Pengarah, Tuan Hj Mohd Zaidi Bin Mohd Hasan yang masing- masing bersara pada 17 November 2017 dan 1 November 2017. Turut diraikan En. Tan Pang Teck (Pembantu Galian) yang bersara pada 5 Februari 2017, En. Ruslan Ghani Bin Md Ariff (Pembantu Awam) yang bersara pada 2 Februari 2017 dan En. Mohd Ihsan Alwi Bin Ahmad Shazili (Pemandu Kenderaan) yang akan bersara pada 12 Januari 2018. Majlis berlangsung dalam suasana yang penuh gemilang dan harmoni, bertemakan "Budi Disanjung & Jasa Dikenang".
Latihan Bencana Interagensi Peringkat Daerah Kinta, Perak
IPOH, 21 November 2017: Satu program latihan menghadapi bencana telah dilaksanakan dengan penglibatan 26 agensi yang berpejabat di sekitar Daerah Kinta, Perak. Seramai 185 anggota pelbagai agensi, iaitu termasuk 6 anggota dari JMG Malaysia Perak terlibat dalam menjayakan latihan ini. Latihan diadakan di perkarangan Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh dengan bersenariokan kemalangan jalan raya akibat tanah/ batu runtuh yang berlumpur.