6hb Julai 2022 (RABU) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah menganjurkan Program Moh Makan Pulut Durian bertempat di Dewan Granite pada jam 11.00pagi. Program ini diadakan sempena musim durian yang sedang hangat di sekitar Negeri Perak.
Disamping itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR. Buah durian dibeli di sekitar Batu Kurau dan Padang Rengas, Perak. Selain durian, ahli KKR juga disajikan dengan pulut, santan dan gula Melaka. Pengerusi KKR, En Mahat Bin Sibon telah merasmikan majlis ini dengan mengopek buah durian. Seramai 45 orang ahli KKR program ini.
Program ‘Moh Makan Derian’ ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kesemua ahli yang terlibat puas menikmati durian, pulut, santan dan gula merah. Semoga program seperti ini boleh diteruskan pada setiap tahun.