23hb Mei 2019 (Khamis) – Sempena Ramadhan 1440H/ 2019, Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk dan Bubur Kacang peringkat JMG Perak. Program ini dilaksanakan di perkarangan Dewan Granite. Hampir semua warga kerja JMG Perak bergotong-royong dalam menyediakan juadah ini. Program bermula seawal 8.00 pagi dan selesai pada jam 1.00 petang.
Pada jam 2.00 petang bermula agihan bubur lambuk dan bubur kacang kepada semua warga kerja JMG Perak. Sambutan untuk program ini amat menggalakkan dan semua warga kerja gembira dalam menyiapkan juadah ini. Selain itu, aktiviti sebegini dapat merapatkan hubungan dan silaturrahim sesama warga JMG Perak.
View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/jmg-perak/program-memasak-bubur-lambuk-dan-bubur-kacang-sempena-ramadhan-1440h#sigProId1a9ac34bdb
http://blog.jmg.gov.my/jmg-perak/program-memasak-bubur-lambuk-dan-bubur-kacang-sempena-ramadhan-1440h#sigProId1a9ac34bdb