Seminar Kesedaran Risiko Batu Runtuh Di Kawasan Bukit Batu Kapur Lembah Kinta, Perak

Seminar Kesedaran Risiko Batu Runtuh Di Kawasan Bukit Batu Kapur Lembah Kinta, Perak telah dianjurkan oleh JMG Malaysia, Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), pada 13 Mac 2012 (Hari Selasa) di Dewan Azlan Shah, Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Green Town, Ipoh.

Pelaksanaan seminar adalah dalam bentuk setengah hari yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Kamaludin Hassan (Pengarah JMG Malaysia, Perak), pembentangan kertas teknikal dan sesi forum. Manakala, majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Haji Abu Bakar b. Haji Said, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Peserta yang hadir terdiri daripada pegawai agensi kerajaan negeri yang berkaitan, pihak berkuasa tempatan, agensi perancang dan pihak-pihak berkepentingan yang menduduki kawasan berhampiran bukit batu kapur di sekitar Bandaraya Ipoh. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 167 orang.

Written by : suzannah