TAKLIMAT POTENSI PERLOMBONGAN NADIR BUMI (RARE EARTH MINERAL)

TAKLIMAT POTENSI PERLOMBONGAN NADIR BUMI (RARE EARTH MINERAL)

Ipoh, 16 Julai 2019 (Selasa) : Pihak Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Perak (JMG) dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG) telah menganjurkan satu taklimat khas berkaitan potensi perlombongan unsur nadir bumi yang merupakan perkara baru dan sensitif di Malaysia. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tulus Mentari Sdn. Bhd. bertempat di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh Perak.

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang cadangan kaedah perlombongan yang dimaksudkan dan seterusnya mendapatkan input/maklum balas daripada agensi teknikal yang terlibat dalam sesi perbicangan tersebut.
Taklimat ini telah dirasmikan oleh Dato’ Rumaizi Bin Baharon @ Md Daud selaku Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG) dan antara tetamu istimewa yang hadir ialah Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi merupakan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Antara kandungan taklimat adalah :
-Apakah nadir bumi dan kegunaannya
-Rizab nadir bumi di Malaysia dan sekitar dunia
-Sejarah dan amalan perlombongan nadir bumi di China
-Cabaran dan impak kepada alam sekitar serta langkah-langkah mitigasi
-Potensi nadir bumi di Malaysia
-Penemuan kawasan berpotensi bagi aktiviti perlombongan nadir bumi di Perak

Written by : norhazliza