MESYUARAT ANTARA JMG SABAH DENGAN SYARIKAT SURIA STRATEGIC ENERGY RESOURCES SDN BHD

MESYUARAT ANTARA JMG SABAH DENGAN SYARIKAT SURIA STRATEGIC ENERGY RESOURCES SDN BHD

KOTA KINABALU, SABAH (06 FEBRUARI 2018) : SELASA, satu mesyuarat dan juga perjumpaan di antara pihak Jabatan Mineral dan Geosains Sabah dan Syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. telah berlangsung sekitar jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat Nephrite, JMG Sabah. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan kekangan-kekangan geologi dan seismik dan seterusnya mendapatkan maklumat-maklumat untuk projek pemasangan saluran paip gas sepanjang lebih kurang 600km bermula dari Terminal Gas di Kimanis ke stesen-stesen janakuasa di daerah Sandakan, Lahad Datu dan Tawau, Sabah.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah JMG Sabah En. Mohd Yusop bin Ramli, En. Paulius Godwin (KUGS), Dr. Frederick F. Tating (KSu-GeoRunding), Pn. Jenneth Cyril (KSu-GeoKhidmat), En. Fredolin Javino (KGAS) dan En. Bailon Golutin (KGK). Pihak Syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd., seramai 10 orang terdiri daripada kontraktor, konsultant dan kakitangan syarikat yang diketuai oleh pengarah projek tersebut.

Dalam ucapan penutup, pengarah JMG Sabah mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat kerana menggunapakai maklumat geologi dan berharap maklumat ini dapat membantu dalam pelaksanaan projek tersebut kelak.

Sumber maklumat : Dr. Frederick F. Tating

Sumber photo : Dr. Frederick F. Tating

synergy

synergy1

Written by : Suriani Ramlee