MESYUARAT PENYEDIAAN BAJET MENGURUS BAHAGIAN OPERASI JMG BAGI TAHUN 2018 DAN 2019

MESYUARAT PENYEDIAAN BAJET MENGURUS BAHAGIAN OPERASI JMG BAGI TAHUN 2018 DAN 2019

W.P. LABUAN (08 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, Mesyuarat Penyediaan Bajet Mengurus Bahagian Operasi JMG Bagi Tahun 2018 dan 2019 sedang berlangsung di Hotel Billion Waterfront, Wilayah Persekutuan Labuan bermula dari tarikh 06 Februari hingga 09 Februari 2018 ( Selasa hingga Jumaat).

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Rahim bin Harun dari Ibupejabat JMG Malaysia. Mesyuarat ini bertujuan bagi mengkaji semula keperluan perbelanjaan bagi tahun 2018 sewajarnya dan seterusnya mencadangkan bajet bagi tahun 2019. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai bajet dari cawangan-cawangan JMG di seluruh Malaysia. JMG Sabah diwakili oleh En. Morius Bantas selaku Pegawai Bajet JMG Sabah, bersama Pn. Vianni Vincent (PTKew) dan En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee selaku Ketua Unit Pengurusan Maklumat merangkap ketua urusetia perjalanan mesyuarat ini. En. Eddie Affandy dibantu oleh urusetia yang lain dari JMG Sabah (Pn. Normi Adok dan Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin).

Sumber maklumat dan photo : Pn. Normi Adok

bajet1

bajet2

bajet3

bajet4

Sekitar mesyuarat berlangsung

 

Written by : Suriani Ramlee