KOTA KINABALU, SABAH (10 OGOS 2018) : JUMAAT, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah bersama SIRIM Malaysia telah mengadakan satu mesyuarat bagi tujuan membincangkan bagi mengadakan kerjasama 2 hala anatara JMG Malaysia dan SIRIM dalam pembinaan sistem telaga yang lebih sistemetik. Mesyuarat diadakan di bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah pada jam 9 pagi 10 Ogos 2018.
Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Paulius Godwin (Ketua Unit Geosains), turut hadir dalam mesyuarat ini adalah En. Bailon Golutin, Dr. Frederick F. Tating, En. Webster Wong, En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee dan En. Mazrali bin Alway wakil dari JMG Sabah manakala 4 orang daripada mereka merupakan wakil dari SIRIM Malaysia. Consultant daripada SIRIM Malaysia diwakili oleh En. Ahmad Azmi Awang.
Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee