14 Ogos 2018 (Selasa): Green’s Restaurant, Sabah Golf and Country Club, Kota Kinabalu. Satu kursus singkat Demo “Trimble Hardware and Software Update 2018” anjuran KTI Teknikal Sdn. Bhd. Bertujuan memperkenalkan serta mempromosi produk keluaran terbaru Trimble USA. Produk – produk baru ini merupakan kemaskini perisian dan juga beberapa produk terbaru keluaran syarikat ini dan Wingtra yang menggunakan perisian daripada Trimble USA.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Nomy, Cik Ren dan Encik Chung penceramah daripada Trimble Malaysia. Yang Berusaha Encik Mohd. Yusop Ramli, Pengarah JMG Sabah turut hadir bersama KUGS dan Ketua – ketua Aktiviti masing – masing dari Unit GS dan Unit Pembangunan Lombong & Kuari serta kakitangan lain. Turut hadir kakitangan dari Jabatan Pengairan dan Saliran, Negeri Sabah.
Produk – produk yang telah diperkenalkan adalah perkakasan terbaru seperti , UAV Wingtra One yang berfungsi sebagai dron kawalan jauh bagi pemetaan dan kerjaukur, dilengkapi dengan perkakasan seperti kamera 24 megapixel & 42 megapixel, inframerah dan thermal. Perisian Wingtra Pilot dimana data – data yang diperolehi adalah serasi dengan perisian GIS dan Autocad.
Selain itu, Trimble C5; Total Station Mekanikal. Trimble SX10; Total Station berfungsi sebagai pengimbas. Trimble R10 GNSS. Trimble Geo 7 Series. TruPulse dengan 5 model Range Finder. Trimble R8s LT, Trimble TDC100 dan juga pengenalan ringkas kepada perisian Trimble Business Centre, satu Workstation yang dibangunkan oleh Trimble.
Selepas taklimat tamat, satu demonstrasi penggunaan UAV Wingtra One 42 Megapixel, Total Station Mekanikal C5 dan Total Station Laser Scanning juga telah dilakukan di perkarangan tee off SGCC.
Sumber maklumat, foto dan penulisan : En. Arthur Leo