THUMBPRINT TERAKHIR TIMBALAN PENGARAH JMG SABAH TN. HJ. ABDUL KADIR AHMAD

THUMBPRINT  TERAKHIR TIMBALAN PENGARAH JMG SABAH TN. HJ. ABDUL KADIR AHMAD

KOTA KINABALU, SABAH (05 MAC 2019) : SELASA, Tarikh keramat ini merupakan tarikh terakhir Tn. Hj Abdul Kadir menamatkan perkhidmatan beliau dalam JMG Sabah, khususnya JMG Malaysia amnya dalam Perkhidmatan Awam.

Sedikit cerita berkaitan Tn. Hj. Abdul Kadir, beliau di lahirkan dan berasdal dari Kg. Jeneri, Sik, Kedah pada 09hb Mei 1959. Beliau bertemu jodoh dengan isteri beliau yang berasal dari Pantai Remis, Perak. Hasil Perkahwinan beliau telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Kini anak-anak beliau sdh dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri.

Beliau memulakan tugas beliau dalam Perkhidmatan Awam pada 13 Julai 1982 di Makmal Ipoh, Perak. Di situlah bermulanya khidmat beliau di Jabatan Penyiasatan Kajibumi nama JMG sebelum ini sebagai Pegawai Kimia Bumi dan kini Pegawai Geosains. Beliau menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Pengarah JMG Sabah bergred C52. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1998 dan 2017.

Beliau merupakan seorang pegawai yang sangat perihatin, dedikasi dan mengambil berat dengan kakitangan bawahannya. Sikap peramah dan senyum selalu membuatkan ramai kakitangan JMG senang untuk bertugas dan bekerjasama dengan beliau. Selain itu sikap yang harus dicontohi lagi adalah sikap dermawan beliau.

Beliau akan bersara wajib pada usia 60 tahun pada tarikh 09 Mei 2019. Namun beliau telah mengambil cuti rehat lebih awal kerana ingin menghabiskan masa cuti rehat beliau. Beliau mula bercuti pada 12 Februari 2019, namun demikian beliau masih selalu berkunjung ke pejabat JMG Sabah untuk menjalankan tugas-tugas beliau. Beliau akan bercuti terus pada 09 Mac 2019 dan akan balik ke tanah semenanjung pada hari tersebut.

Penulis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Tn. Hj. Abdul Kadir dalam berkongsi cerita dan pengalaman beliau. Diucapkan buat beliau agar terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. Selamat menjalani usia persaraan buat Tn. Hj. Abdul Kadir.

Sumber Maklumat dan Foto : Penulis

Written by : Suriani Ramlee