PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM

PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM

KOTA BELUD, SABAH – 17 APRIL 2019: Satu Program Pendidikan Awam Bencana Alam yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diadakan di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, Kota Belud di sini hari ini. Beberapa agensi yang turut terlibat dalam menjayakan program tersebut termasuklah Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Sabah (JMG), Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Penerangan Kota Belud, Angkatan Pertahanan Malaysia (Kota Belud), Majlis Daerah Kota Belud dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

Program yang dirasmikan oleh En. Charlie Lim Foo Yung yang menjadi wakil dan juga Setiausaha Sulit kepada Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah Binti Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) itu telah dihadiri kira-kira 300 orang penduduk daerah Kota Belud.

Matlamat utama penganjuran program pendidikan awam seumpama ini adalah untuk memberikan maklumat yang tepat dan pendidikan berkaitan dengan bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan kemarau kepada masyarakat umum khususnya di daerah Kota Belud, Sabah. Selain menjalinkan hubungan erat dalam kalangan masyarakat dengan agensi-agensi terbabit, mitigasi bencana daripada program ini juga diharapkan agar penduduk awam dapat memahami isu berkaitan bencana alam dan kesiapsiagaan untuk meghadapi apa jua bentuk bencana yang melanda daerah ini khususnya dan di negeri ini amnya.

04

Antara wakil-wakil pada setiap agensi yang terlibat.

 

05

Suasana dewan yang meriah dengan kehadiran peserta program.

03

Sesi Talking Speech yang disampaikan oleh Dr. Frederick F. Tating (Ketua Penolong Pengarah, Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Unit Geosains) mengenai Gempa Bumi kepada masyarakat umum. 

06

En. Bailon Golutin, Penolong Pengarah Kanan, Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Unit Geosains (gambar kiri), memberi penerangan fungsi jabatan kepada peserta program.

 

07

Sesi dialog antara komuniti setempat kepada agensi-agensi Program Pendidikan Awam Bencana Alam.

02

Pegawai-pegawai JMG Sabah yang terlibat menjayakan Program Pendidikan Awam Bencana Alam 2019, di daerah Kota Belud, Sabah.

Gambar dari kiri - En. Kassim Jusrin, En. Awang Besar Hj. Kula, En. Bailon Golutin, Dr. Frederick F. Tating, En. Ramle Kalaham dan En. Herorisan Paruka 

 

 

Written by : HERORISAN