LAWATAN KE TAPAK TANAH KAMPUS JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) DI MESILOU, KUNDASANG, RANAU, SABAH

LAWATAN KE TAPAK TANAH KAMPUS JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)  DI MESILOU, KUNDASANG, RANAU, SABAH

KUNDASANG (24 FEB 2021) : Satu lawatan tapak telah dijalankan di tapak tanah Kampus Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah di Mesilou, Kundasang, Ranau oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah bersama rombongon JPSM Sabah. Rombongon JMG Sabah adalah diketuai oleh pengarah, Encik Jontih Enggihon yang disertai oleh Ahli Geologi, Encik Bailon Golutin dan dibantu oleh Encik Harry Jenyrius Majin.

Baca selanjutnya

TINJAUAN TAPAK KE PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SESB, RANAU

TINJAUAN TAPAK KE PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SESB, RANAU

RANAU (6 OGOS 2020) : Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) telah menjemput beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk bersama-sama melakukan tinjauan di tapak pembinaan bangunan baharu di Ranau, Sabah. Antara badan kerajaan yang turut serta semasa tinjauan tapak pembinaan bangunan SESB itu adalah Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS). Keadaan cerun tidak stabil di tapak pembinaan bangunan SESB telah menjadi tumpuan kepada pihak luar termasuklah JMG Sabah untuk mengkaji kesesuaian tapak bangunan tersebut. Terdapat retakan dan rekahan tanah yang aktif di kawasan tapak pembinaan menyebabkan projek terbengkalai dan memerlukan khidmat nasihat teknikal dari kalangan ahli geologi yang pakar di bidang tersebut untuk menjalankan aktiviti kajian selanjutnya. Timbalan Pengarah Geosains (TPGS), Dr. Frederick Francis Tating bersama-sama dengan Encik Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan) yang juga Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan serta dibantu oleh dua Pembantu Geosains iaitu Encik Ramle Kalaham dan Encik Herorisan Paruka telah bersama-sama meninjau di kawasan persekitaran tapak binaan berkenaan.

 

Diselia oleh : Bailon Golutin

KERJA LAPANGAN PEMETAAN SESAR AKTIF DI PULAU TIGA, KUALA PENYU

KERJA LAPANGAN PEMETAAN SESAR AKTIF DI PULAU TIGA, KUALA PENYU

KUALA PENYU (21 DAN 22 SEPT 2020) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah (JMG Sabah) menerusi Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Unit Geosains JMG Sabah telah menjalankan kerja lapangan di kawasan Volkano Lumpur Pulau Tiga, Kuala Penyu pada 21hb dan 22hb September yang lepas. Objektif utama kerja lapangan ini adalah untuk mengenal pasti beberapa rekahan tanah di kawasan tersebut. Encik Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan), di bantu oleh Encik Ramle Kalaham dan Encik Herorisan Paruka untuk membuat kajian sesar aktif dan seterusnya memberi input kepada pihak pengurusan Taman-Taman Sabah bagi mengenal pasti sama ada keselamatan persekitaran di kawasan Volkano Lumpur itu sesuai di buka untuk pelancong tempatan dan pelancong asing. 

 

Diselia oleh : Bailon Golutin

 

LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TUAN ALI ANAK BIJU KE STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI(PAG) JMG SABAH

LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TUAN ALI ANAK BIJU KE STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI(PAG) JMG SABAH

RANAU (24 SEPT 2020) : Satu lawatan kerja rasmi Yang Berhormat Tuan Ali Anak Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Stesen Penanda Aras Gempa bumi (PAG) di Ladang Sabah Tea, Ranau, Sabah. Lawatan berkenaan melibatkan pegawai dan kakitangan Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah berjaya dijalankan di sini hari ini. Timbalan Pengarah Geosains (TPGS), Dr. Frederick F. Tating terlibat sepanjang sesi lawatan berkenaan. Program lawatan tersebut telah berjalan lancar dengan kehadiran Encik Bailon Bin Golutin selaku Pegawai Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Risiko Gempa Bumi Sabah yang juga Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan dan dibantu oleh Encik Goh Khean Seong (Pegawai Geosains Aktiviti Geofizik) serta  beberapa kakitangan teknikal yang terdiri daripada Cik Helviana Malaya, Encik Ramle Kalaham, Encik Herorisan Paruka dan Encik Harry Jenyrius Majin dari Aktiviti Geologi Kejuruteraan.

 

Diselia oleh : Bailon Golutin