Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) Bil. 3/2019 dan Majlis Perpisahan Pegawai

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) Bil. 3/2019 dan Majlis Perpisahan Pegawai

KOTA KINABALU, SABAH (27 MAC 2019) : RABU, Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2019 serta Perpisahan Pegawai iaitu YM. Tengku Zainal Abidin (Penolong Pegawai Geosains C32) telah diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Sabah (JMG). Majlis yang bermula kira-kira pukul 8.45 pagi itu telah dihadiri oleh Tuan Pengarah, En. Mohd Yusop bin Ramli, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Unit, Ketua-Ketua Aktiviti serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan JMG Sabah.

Baca selanjutnya

Mesyuarat Penyediaan Tender Penilaian Rizab Air Tanah Lembangan Sungai Pahang

Mesyuarat Penyediaan Tender Penilaian Rizab Air Tanah Lembangan Sungai Pahang

KOTA KINABALU, SABAH (29 JANUARI 2019) : SELASA, Mesyuarat yang bertajuk Penyediaan Tender Penilaian Rizab Air Tanah Lembangan Sungai Pahang telah diadakan di bilik mesyuarat Chromite, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Sabah. Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari yang bermula pada pagi hari ini dan dijangka berakhir pada petang esok adalah bertujuan untuk membincangkan kaedah penyediaan tender dokumen tentang Penilaian Rizab Air Tanah.

Baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI BERIMPAK TINGGI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (HiCBDRR) 2018

PROGRAM KOMUNITI BERIMPAK TINGGI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (HiCBDRR) 2018

KUNDASANG, SABAH (14 OKTOBER 2018) : AHAD, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengadakan satu Program High-Impact Community-Based Disaster Risk Reduction (HiCBDRR) atau Program Komuniti Berimpak Tinggi Pengurangan Risiko Bencana yang berlangsung pada 8 Oktober 2018 hingga 13 Oktober 2018 bertempat di Kem Bina Negara Kundasang dan Pusat Latihan Islam Kundasang serta Sekolah Menengah Ranau.

Baca selanjutnya

PROGRAM LAWATAN AMAL DAN SEKAMPIT BERAS BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM(BKKI)

PROGRAM LAWATAN AMAL DAN SEKAMPIT BERAS BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN ISLAM(BKKI)

KOTA KINABALU SABAH (08 JUN 2018) : JUMAAT, Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah(JMG) telah membuat satu Program Lawatan Amal dan Sekampit Beras di empat buah tempat yang berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Rabu, 6hb. Jun 2018 bersamaan 21 Ramadhan 1439H dan Khamis, 7hb. Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H yang lepas. Salah satu dari empat tempat tersebut adalah JMG Sabah.

Baca selanjutnya