KOTA KINABALU, SABAH (29 JANUARI 2019) : SELASA, Mesyuarat yang bertajuk Penyediaan Tender Penilaian Rizab Air Tanah Lembangan Sungai Pahang telah diadakan di bilik mesyuarat Chromite, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Sabah. Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari yang bermula pada pagi hari ini dan dijangka berakhir pada petang esok adalah bertujuan untuk membincangkan kaedah penyediaan tender dokumen tentang Penilaian Rizab Air Tanah.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Roslan Rajali (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), JMG Sarawak . Hadir sama dalam mesyuarat ini iaitu Pn. Jenneth Cyril (Ketua Penolong Pengarah Kanan), En. Jaineh Lingi (Penolong Pengarah Kanan - Ketua Aktiviti Hidrogeologi) dan En. Mazrali Alway (Penolong Pengarah) serta beberapa pegawai/kakitangan daripada JMG negeri-negeri lain iaitu Pn. Mazatul Akmar Aros, Pn. Khairunnisa Alias dan En. Zaidulkhair Jasmi.