KOTA KINABALU, SABAH (29 JANUARI 2019) : SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Blogger JMG Sabah bil. 1/2019 pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah sekitar jam 9.00 pagi ini.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee selaku moderator Blog JMG Sabah. Ahli-ahli jawatankuasa ini terdiri daripada :
1. En. Khairun Nasir bin Moktar (wakil Perkhidmatan Makmal)
2. Pn. Besty Jenny Adim (wakil Pengurusan Maklumat)
3. En. Adyrean Jingkah (wakil Sumber Mineral)
4. En. Abdul Arif bin Tahar (wakil Geosains)
5. En. Herorisan bin Paruka (wakil Lombong dan Kuari)
6. En. Mohd. Azrol bin Hanaffi (wakil Pentadbiran dan Kewangan)
7. Pn. Suriani binti Ramlee (Setiausaha Blogger JMG Sabah)
Mesyuarat yang pertama bagi tahun ini adalah bagi membincangkan perancangan dan perjalanan Blog JMG Sabah.
Sumber maklumat : Pn. Suriani binti Ramlee
Sumber foto : Pn. Besty Jenny Adim, En. Herorisan bin Paruka dan penulis.
Para Blogger JMG Sabah