Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) Bil. 3/2019 dan Majlis Perpisahan Pegawai

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) Bil. 3/2019 dan Majlis Perpisahan Pegawai

KOTA KINABALU, SABAH (27 MAC 2019) : RABU, Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2019 serta Perpisahan Pegawai iaitu YM. Tengku Zainal Abidin (Penolong Pegawai Geosains C32) telah diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Sabah (JMG). Majlis yang bermula kira-kira pukul 8.45 pagi itu telah dihadiri oleh Tuan Pengarah, En. Mohd Yusop bin Ramli, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Unit, Ketua-Ketua Aktiviti serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan JMG Sabah.


Majlis ini adalah di bawah anjuran Unit Geosains dan pengacara adalah Cik Helviana Malaya. Oleh kerana kehadiran pada kali ini agak kurang memberangsangkan disebabkan sebahagian kecil kakitangan lain masih lagi bertugas di luar kawasan, majlis diteruskan juga tanpa sebarang halangan.

Pembukaan majlis perhimpunan dan perpisahan ini dimulakan degan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Fadli bin Sulaiman.

Seperti majlis perhimpunan yang sebelumnya, tiga nyanyian lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Perkhidmatan Awam dinyanyikan dengan penuh semangat patriotisme oleh semua kakitangan yang hadir sebagai tanda hormat dan cinta akan negara.

Pada majlis pengucapan awam kali ini seramai tiga orang kakitangan JMG Sabah yang telah terpilih dan bertuah berdasarkan undian cabutan nama iaitu En. Azizan Anak Juhin, En. Dharmin bin Muaiyad dan En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah yang masing-masing berkongsi pengalaman masa silam sebelum mereka mula berkerja di JMG Sabah. 

Perhimpunan kali ini diteruskan lagi dengan tiga taklimat ringkas dan padat yang telah disampaikan oleh oleh En. Wong Vui Chung @ Webster Wong, En. Fredolin Javino dan En. Arthur Clement Makulim yang masing-masing bertajuk Taklimat Penstrukturan Semula Carta Organisasi JMG Sabah, Taklimat (Perkongsian) Pengalaman Pembentangan kertas kerja di Luar Negara dan Taklimat (Perkongsian) pengalaman menghadiri The BCIM-EC Seminar On Geo-hazards Monitoring and Prevention Technology.

Perutusan dan amanat Tuan Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop bin Ramli antara lain menyatakan tentang hal-hal Pentadbiran termasuklah kedudukan kewangan/peruntukan semasa Jabatan, status Pelaksanaan Projek tiap-tiap Unit/Aktiviti, penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2019 melalui system online myHRMIS, bilangan pegawai yang hadir berkursus dan lain-lain sebagainya.

Kemuncak majlis yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh warga JMG Sabah apabila YM. Tengku Zainal Abidin( Penolong Pegawai Geosains C32) dari Unit Lombong dan Kuari, telah menyampaikan ucapan perpisahannya. Dalam ucapan perpisahan ini, beliau meluahkan rasa sedih kerana berat hati untuk meninggalkan JMG Sabah memandangkan tempoh perkhidmatannya di jabatan ini lebih kurang 10 tahun tujuh bulan. Beliau mula melapor diri ke JMG Sabah sejak 18 Ogos 2008 dan beliau akan melapor diri untuk bertugas di tempat yang baharu iaitu JMG Pahang yang dijangka pada 1 April 2019.

Dalam majlis perpisahan ini jua, pengerusi Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam(BKKI) JMG Sabah, En. Mumammad Umar bin Sarimal berkesempatan memberikan ucapan kali terakhir untuk kelab dan seterusnya memberikan kata-kata semangat. Turut sama memberikan ucapan, Pegawai dari Unit Lombong & Kuari, En. Aidil Arnolous Rema dan Tuan Pengarah serta kakitangan yang lain.

Penutup di akhir majlis berakhir dengan penyampaian cendera hati kepada yang diraikan, YM. Tengku Zainal Abidin dan sesi penyampaian sijil kepada peserta-peserta Kursus/Bengkel/Seminar yang lepas sebelum bersurai. Majlis perhimpunan ini telah berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah hari.

Written by : HERORISAN