PROGRAM KOMUNITI BERIMPAK TINGGI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (HiCBDRR) 2018

PROGRAM KOMUNITI BERIMPAK TINGGI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (HiCBDRR) 2018

KUNDASANG, SABAH (14 OKTOBER 2018) : AHAD, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengadakan satu Program High-Impact Community-Based Disaster Risk Reduction (HiCBDRR) atau Program Komuniti Berimpak Tinggi Pengurangan Risiko Bencana yang berlangsung pada 8 Oktober 2018 hingga 13 Oktober 2018 bertempat di Kem Bina Negara Kundasang dan Pusat Latihan Islam Kundasang serta Sekolah Menengah Ranau.

Antara agensi yang terlibat dalam program ini adalah Angensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pejabat Polis Daerah Ranau, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan beberapa agensi dalam dan luar negara.

Matlamat program ini adalah untuk mempertingkatkan daya tahan bencana komuniti dengan memahami risiko bencana dan kegiatan risiko bencana yang dipimpin Komuniti kepada masyarakat setempat yang berada di Kundasang. Kesedaran ini adalah penting bagi kesiapsiagaan komuniti kepada apa jua bencana seperti gempa bumi, tanah runtuh dan banjir yang bakal melanda di negeri ini khususnya di sekitar Kundasang.

Turut terlibat sama Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Hj. Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop Bin Ramli serta beberapa Pegawai Kanan dan kakitangan dari JMG Ibu Pejabat dan JMG Sabah.

Written by : HERORISAN