PENYAMPAIAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT GRED 54

PENYAMPAIAN WATIKAH KENAIKAN PANGKAT GRED 54

BUKIT TINGGI, PAHANG (13 OKTOBER 2018) : SABTU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Watikah Kenaikan Pangkat Gred 54 secara hakiki kepada pegawai-pegawai kanan JMG di Hotel Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang pada 12 Oktober 2018. Penyampaian watikah tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah, Ketua Pengarah JMG Malaysia.

Antara pegawai-pegawai kanan yang menerima watikah tersebut adalah seperti berikut :-
1. En. Mohd.Badzran bin Mat Taib (Pengarah PP, Ibu Pejabat) 
2. En. Che Abdul Rahman bin Jaafar (Pengarah JMG Kelantan) 
3. En. Mohd. Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah) 
4. En. Joannes Muda (Pengarah JMG NS/Melaka) 
5. En. Enggong anak Aji (Pengarah JMG Sarawak) 
6. Dato Ir. Azman bin Abdul Majid (Pengarah JMG Pahang)
7. Hj. Mohd Zaidi bin Hasan (Tim Pengarah JMG Perak- bersara) 
8. En. Kadir bin Ahmad (Tim Pengarah (Makmal), JMG Sabah) 
9. En. Mahisham bin Ibrahim (Ketua Unit Pengurusan Maklumat, BPT) 
10. Dr. Nazwin bin Ahmad (Ketua Cawangan, PPM)
11. En. Mohamad Haniza bin Mahmud (Ketua Cawangan, PPM)

JMG Sabah mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah buat Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop bin Ramli dan Timbalan Pengarah JMG Sabah, Tuan Hj. Abdul Kadir bin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan yang lain atas penerimaan watikah tersebut.

Sumber maklumat dan foto : Tuan Hj. Kamaruddan bin Abdullah

WAT1

Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop bin Ramli menerima watikah kenaikan pangkat

WAT2

Para penerima watikah perlantikan kenaikan pangkat

WAT3

Pemimpin-pemimpin JMG Malaysia

 

Written by : Suriani Ramlee