MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 8 TAHUN 2020 DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 8 TAHUN 2020 DAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

KOTA KINABALU, 21 OGOS 2020 (JUMAAT) : Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 8 Tahun 2020 dan Sambutan Hari Kebangsaan dengan tema ‘Malaysia Prihatin’ telah diadakan di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu, Tingkat 1, JMG Sabah dengan kehadiran dianggarkan lebih kurang 20 orang kakitangan JMG Sabah. Selebihnya ada yang bekerja di luar pejabat dan menghadirkan diri dalam majlis tersebut secara dalam talian (Video Conference) menerusi sambungan ‘google meet’ JMG Sabah. Unit Geosains adalah penyelaras majlis perhimpunan pada kali ini.  

Tidak seperti majlis perhimpunan yang lepas, majlis kali ini adalah berbeza kerana bilangan yang hadir di Dewan Nephrite dihadkan kepada kira-kira 20 orang sahaja bagi mengikut garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan kerajaan dalam satu-satu perhimpunan.

Aturcara dimulakan dengan pegawai dan kakitangan mengambil tempat dan ketibaan Timbalan Pengarah Sumber Mineral (En. Wong Vui Chung@Webster Wong), Timbalan Pengarah Geosains (Dr. Frederick F.Tating), Timbalan Pengarah Makmal (Dr. Morius Bantas), Ketua Unit Pengurusan Maklumat (En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee), Ketua-ketua Aktiviti serta kakitangan JMG Sabah. Bagaimanapun,  Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Jontih Enggihon) hanya dapat mengikuti majlis tersebut secara ‘Video Conference’ sahaja atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. 

Majlis diteruskan dengan pembukaan nyanyian lagu NegaraKu dan Sabah Tanah Air Ku oleh warga JMG Sabah. Seterusnya bacaan doa telah dipimpin oleh En. Herorisan bin Paruka dan diikuti Taklimat SOP Keselamatan Covid-19 yang telah disampaikan oleh En. Khairun Nasir bin Moktar (Penolong Pegawai Keselamatan JMG Sabah) sebelum Perutusan daripada Pengarah JMG Sabah.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia mengenai status gerak kerja projek pembangunan masing-masing daripada Unit Sumber Mineral, Unit Geosains dan laporan lintas langsung daripada kakitangan yang sedang bekerja di lapangan. Sebelum majlis berakhir, sambutan hari lahir Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Jontih Enggihon) turut diraikan bersekali dengan kakitangan yang lahir dalam bulan Januari hingga Ogos dalam Tahun 2020. Beliau sangat terharu dan menyatakan bahawa sambutan hari lahir tersebut adalah sangat bermakna dan beliau sangat menghargainya. Beliau juga berbangga terhadap keseluruhan barisan kepimpinan warga JMG Sabah yang bertungkus lumus dalam mejayakan majlis perhimpunan bulanan dan hari kebangsaan tersebut. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga Tuan Pengarah kepada pihak pengajur majlis yang mana perhimpunan bulanan kali ini adalah sangat berbeza dan unik serta menyeluruh dari segi laporan aktiviti-aktiviti dalam dan luar pejabat dan perlu dikekalkan pada masa akan datang.

Dan sebelum majlis bersurai, lagu kebangsaan kemerdekaan Malaysia (Lagu Tanggal 31 Ogos) telah dinyanyikan dengan penuh semangat patriotisme warga JMG Sabah sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Majlis telah berakhir kira-kira 12.30 Tengah Hari.

 

PAMERAN SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM 2019 : SIRI 2, RANAU

PAMERAN SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM 2019 : SIRI 2, RANAU

RANAU (14 NOV 2019) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) telah menerima jemputan untuk mengikuti “Program Pendidikan Awam Bencana Alam 2019 Siri 2" dari Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program yang dianjurkan oleh UMS itu telah diadakan di Dewan Masyarakat Ranau di sini, hari ini. Program ini merupakan siri ke-2 dalam tahun ini oleh pihak UMS yang diadakan di daerah Ranau.

Baca selanjutnya

MESYUARAT GERAK KERJA PENDAFTARAN ASET TAK ALIH DAN PENGEMASKINIAN BORANG PENDAFTARAN BAGI ASET TELAGA TIUB DI JMG MALAYSIA

MESYUARAT GERAK KERJA PENDAFTARAN ASET TAK ALIH DAN PENGEMASKINIAN BORANG PENDAFTARAN BAGI ASET TELAGA TIUB DI JMG MALAYSIA

LANGKAWI (07 NOV 2019) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan Mesyuarat Gerak Kerja Pendaftaran Aset Tak Alih dan Pengemaskinian Borang Pendaftaran Bagi Aset Telaga Tiub pada 4 hingga 6 November yang lepas yang bertempat di De Baron Resort, Langkawi.

Baca selanjutnya

KURSUS KEWANGAN 2019

KURSUS KEWANGAN 2019

KOTA KINABALU, SABAH (30 JANUARI 2018) : SELASA, Pada jam 9.00 pagi pada hari tersebut satu seminar telah diadakan di Dewan Nephrite, JMG Sabah. Tajuk seminar tersebut adalah "Pengurusan Kewangan Untuk Persiapan Persaraan Kakitangan" yang telah disampaikan oleh En. Micheal Sulukan selaku penceramah daripada wakil CIMB PRINCIPAL.

Baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN KAAMATAN DAN AIDILFITRI JMG SABAH 2019/1440H

MAJLIS SAMBUTAN KAAMATAN DAN AIDILFITRI JMG SABAH 2019/1440H

KOTA KINABALU, SABAH (27 JUN 2019): KHAMIS, Satu sambutan majlis Aidilfitri 1440H bersamaan tahun 2019 telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta Blok Kinabalu, JMG Sabah. Majlis ini dianjurkan oleh pihak BKKI JMG Sabah dan KEMG JMG Sabah bekerjasama dengan Unit Pentadbiran dan Kewangan di mana merupakan penganjur kepada majlis perhimpunan bagi bulan Jun 2019.

 

Baca selanjutnya