MESYUARAT GERAK KERJA PENDAFTARAN ASET TAK ALIH DAN PENGEMASKINIAN BORANG PENDAFTARAN BAGI ASET TELAGA TIUB DI JMG MALAYSIA

MESYUARAT GERAK KERJA PENDAFTARAN ASET TAK ALIH DAN PENGEMASKINIAN BORANG PENDAFTARAN BAGI ASET TELAGA TIUB DI JMG MALAYSIA

LANGKAWI (07 NOV 2019) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan Mesyuarat Gerak Kerja Pendaftaran Aset Tak Alih dan Pengemaskinian Borang Pendaftaran Bagi Aset Telaga Tiub pada 4 hingga 6 November yang lepas yang bertempat di De Baron Resort, Langkawi.

Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman dan memahami aliran proses kerja dan pengisian borang Pengurusan Aset Tak Alih (PATA) secara manual di samping untuk membincangkan proses kerja pendaftaran telaga tiub.

Beberapa kakitangan JMG Sabah yang telah terlibat dalam mesyuarat ini iaitu En. Mazrali Alway (Pegawai Teknikal aktiviti Hidrogeologi), Pn. Lena Anggie (Pegawai Teknikal Fasiliti), Pn. Besty Jenny Adim (Pegawai Inspektorat Fasiliti), En. Herorisan Paruka (Pegawai Operasi Fasiliti) dan wakil dari Unit Pentadbiran & Kewangan, Pn. Rizidah Majawal. 

Written by : HERORISAN