PAMERAN SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM 2019 : SIRI 2, RANAU

PAMERAN SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN AWAM BENCANA ALAM 2019 : SIRI 2, RANAU

RANAU (14 NOV 2019) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) telah menerima jemputan untuk mengikuti “Program Pendidikan Awam Bencana Alam 2019 Siri 2" dari Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program yang dianjurkan oleh UMS itu telah diadakan di Dewan Masyarakat Ranau di sini, hari ini. Program ini merupakan siri ke-2 dalam tahun ini oleh pihak UMS yang diadakan di daerah Ranau.

Peranan JMG Sabah dalam Program ini adalah untuk mengadakan pameran berkaitan Geobencana yang sering berlaku di Sabah umumnya dan di daerah Ranau khususnya. Ianya turut memberi penekanan pendidikan awam bencana alam kepada masyarakat setempat tentang kesiapsiagaan yang kemungkinan akan berlakunya bencana alam seperti gempa bumi dan banjir kilat yang tidak diduga.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB.Tuan Jonathan Bin Yasin yang juga merupakan Ahli Parlimen P.179, Daerah Ranau. Program ini telah berakhir kira-kira 2.30 petang.

1

2

Written by : HERORISAN