BADAN KEBAJIKAN DAN KAKITANGAN ISLAM(BKKI) - SAMBUTAN MAJLIS RAMADHAN 1439H

BADAN KEBAJIKAN DAN KAKITANGAN ISLAM(BKKI) - SAMBUTAN MAJLIS RAMADHAN 1439H

KOTA KINABALU, SABAH (06 JUN 2018) : RABU, Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam(BKKI) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah(JMG) telah berjaya menganjurkan satu majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih pada Selasa, 05 Jun 2018 bersamaan 20 Ramadhan 1439H yang bertempat di Blok Kinabalu JMG Sabah.

Seperti kebiasaannya, BKKI menyambut majlis berbuka puasa di jabatan ini setahun sekali. Seramai lebih kurang 25 orang yang terdiri daripada ahli BKKI termasuklah keluarga telah menghadiri majlis tersebut.

Program seumpama ini adalah bertujuan untuk mengimarahkan lagi suasana bersempena dengan sambutan bulan yang mulia yakni bulan Ramadhan Al-Mubarak di samping untuk menjalin serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga BKKI khususnya dan juga warga JMG Sabah amnya.

Secara keseluruhannya, majlis tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memuaskan di kalangan ahli-ahli BKKI yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Written by : HERORISAN