MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH 1440H ANJURAN BKKI SABAH

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH 1440H ANJURAN BKKI SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (24 MEI 2019): JUMAAT, BKKI Sabah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dikalangan kakitangan yang beragama Islam di Bilik Perpustakaan Lama, Tingkat 3, Blok Jesselton.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan kehadiran kakitangan bersama ahli keluarga. Turut hadir dalam majlis ini juga En. Goh Khean Seong yang memberikan sokongan moral pada majlis ini. Majlis ini bermula dengan berbuka puasa diikuti solat maghrib dan jamuan makan. Selepas jamuan makan acara solat isyak dan solat Terawih. Sedikit Tazkirah juga disampaikan oleh Ustaz Faez Ramle.

Kehadiran tuan Pengerusi BKKI Sabah En. Muhamad Umar Sarimal amatlah dihargai walaupun pada masa itu terdapat kekangan masa daripada beliau kerana baru balik dari tanah semenanjung kerana menghadiri mesyuarat di sana, namun beliau bergegas juga hadir untuk bersama-sama dengan semua ahli-ahli BKKI Sabah.

Antara mereka yang menjayakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih ini adalah En. Ramle bin Kalaham dan keluarga, En. Herorisan bin Paruka, En. Fiqria Haziq, Pn. K Halimah binti Alis dan keluarga, Pn. Suriani binti Ramlee dan keluarga, Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin dan keluarga, En. Awang Besar bin Hj. Kula, En. Jasni bin Jaya dan keluarga, En. Malai Osman Malai Muhamad dan keluarga serta En. Mohd. Ariss Abdul Salam.

BKKI Sabah bertujuan mengadakan majlis seumpama ini bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim semasa warga JMG Sabah dan keluarga dan berharap agar majlis seumpama ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.

BKKI Sabah juga berterima kasih buat semua penyumbang-penyumbang dana majlis ini tidak kira samaada terdiri daripada warga JMG Sabah dan mantan-mantan JMG Sabah yang berada di tanah semenanjung. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas ganjaran dengan pemberian-pemberian kita yang tidak seberapa.

Sumber maklumat dan foto : En. Herorisan bin Paruka

Written by : Suriani Ramlee