LATIHAN PENGENDALIAN DIRECT MERCURY ANALYZER
KOTA KINABALU, SABAH (21 OGOS 2019): RABU, Unit Perkhidmatan Makmal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) telah mengadakan satu latihan untuk pengendalian alat Direct Mercury Analyzer (DMA).
Latihan yang telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 21 Ogos hingga 23 Ogos 2019 tersebut telah dihadiri oleh seramai enam orang kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah iaitu Dr. Morius Bantas, En. Khairun Nasir Moktar, Pn. Junidah Manggam, Pn. Mulia Pog, En. Jeli Pog dan En. Ruddey John Michael serta dua orang wakil daripada Orbiting Scientific & Technology Sdn. Bhd selaku tenaga pengajar.
Tujuan latihan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan secara praktikal kepada kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah tentang pengendalian alat tersebut bagi memastikan proses analisis sampel yang lebih efektif dan efisyen di masa akan datang.
Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : Penulis
http://blog.jmg.gov.my/jmg-sabah/2019-09-11-01-40-21#sigProIdbe0f659b70