MAJLIS PERPISAHAN EN. FARID BIN ZAINUDIN (PEGAWAI GEOSAINS C44)

MAJLIS PERPISAHAN EN. FARID BIN ZAINUDIN (PEGAWAI GEOSAINS C44)

KOTA KINABALU, SABAH (30 SEPTEMBER 2019): ISNIN, Satu majlis perpisahan buat En. Farid bin Zainudin telah diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 10.30 pagi pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan daripada Tuan Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin, ucapan perpisahan daripada Presiden KEMG Sabah En. Aidil Arnolous Rema, ucapan Timbalan Pengerusi BKKI Sabah En. Mujahid Supilin, ucapan Ketua Aktiviti Arang Batu wakil Unit Sumber Mineral En. Daulip Lakkui, ucapan Ketua Aktiviti GeoWarisan wakil Geosains Pn. Jenneth Cyril dan akhir sekali ucapan daripada yang diraihkan En. Farid Zainudin. Beberapa cenderakenangan juga telah disampaikan dalam majlis ini.

En. Farid bin Zainudin merupakan Pegawai Geosains bergred C44 yang akan bertukar tempat bertugas berkuatkuasa pada 21 Oktober 2019 ke JMG Perak. Beliau telah menyumbang bakti di JMG Sabah selama hampir 16 tahun sejak tahun 2003 lagi. Beliau merupakan anak perantau yang sejak dizaman sekolah telah meninggalkan keluarga demi menuntut ilmu dan mencari rezeki. Tiba masanya untuk beliau bertukar ke Tanah Semenanjung di mana merupakan tempat asal beliau. Beliau mempunyai seorang isteri yang berasal dari Negeri Sabah dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Beliau memulakan tugas beliau di Unit Sumber Mineral Aktiviti Arang Batu dan kemudian bertukar Aktiviti Mineral Berlogam serta Mineral Perindustrian. Khidmat bakti beliau berakhir di Unit Geosains Aktiviti GeoWarisan.

Beliau merupakan seorang yang humble, merendah diri dan suka berkongsi ilmu dan cerita kehidupan dengan semua kakitangan JMG Sabah tanpa mengira status agama dan bangsa. JMG Sabah cukup merasa kehilangan En. Farid yang merupakan seorang yang komited pada tugasan yang diberikan. Namun demikian, warga JMG Sabah terus mendoakan kecemerlangan beliau di tempat baru. Semoga terus maju jaya.

Sumber Maklumat : Penulis
Sumber Foto : En. Mohd. Ariss bin Salam

Written by : Suriani Ramlee