W.P. LABUAN (19 SEPTEMBER 2019): KHAMIS, Rombongan jawatankuasa mesyuarat-mesyuarat JMG Sabah telah diadakan di Hotel Lazenda, WP Labuan pada 17 September 2019 sehingga 20 September 2019.
Antara program selepas mesyuarat-mesyuarat dijalankan adalah Program Lawatan sambil belajar ke Muzium Chimney dan tapak warisan geologi arang batu. Rombongan JMG Sabah seramai 30 orang telah dibawa melawat sekitar Muzium Chimney dan tapak warisan arang batu tersebut.
Rombongan ini telah diketuai oleh Pengarah JMG Sabah sendiri En. Paulius Godwin dan Dr. Morius Bantas selaku Timbalan Pengarah yang hadir sama. En. Daulip Lakkui, Ketua Aktiviti Arang Batu juga memberikan sedikit taklimat kepada rombongan dan kakitangan Muzium Chimney.
Sumber Maklumat : Penulis
Sumber Foto : Pn. Carrie, Dr. Morius, En. Fiqria Haziq dan En. Dharmin
http://blog.jmg.gov.my/jmg-sabah/2019-09-30-07-10-58#sigProIde32b7077d7