THUMBPRINT AKHIR PENGARAH JMG SABAH EN. PAULIUS GODWIN

THUMBPRINT AKHIR PENGARAH JMG SABAH EN. PAULIUS GODWIN

KOTA KINABALU, SABAH (24 JANUARI 2020): JUMAAT, Hari ini merupakan hari terakhir bertugas sebagai Pengarah JMG Sabah buat En. Paulius Godwin dan juga merupakan hari terakhir beliau dalam perkhidmatan awam Malaysia. Walaubagaimanapu tarikh lahir sebenar beliau adalah pada 28 Januari.

Setelah mencurahkan bakti sebagai penjawat awam hampir selama 33 tahun dan akhirnya pada hari ini beliau akan bersara wajib dalam usia 60 tahun. Beliau bermula daripada Pegawai Kajibumi Gred 41 dan berakhir dengan Gred 52 sebagai Pengarah JMG Sabah.

Beliau mulakan tugas beliau di Unit Geosains Aktiviti Pemetaan, JMG Sabah sebagai pegawai kajibumi. Selepas itu belum bertukar ke JMG Sarawak. Sekembalinya beliau dari Bumi Kenyalang beliau masih dibawah Unit Geosains Aktiviti Pemetaan dan terus menjadi Ketua Unit Geosains pada masa itu. Selepas itu beliau masih menjadi Ketua Unit Geosains, namun beliau giat aktif dalam aktiviti GeoWarisan. Sebelum beliau bersara wajib jawatan terakhir beliau merupakan Pengarah di JMG Sabah.

Beliau merupakan seorang yang humble dan steady dalam sesuatu hal atau bersama kakitangannya. Sentiasa ceria, namun beliau tegas dan baik dalam mempertimbangkan hal-hal kebajikan kakitangannya. Bagi beliau, yang penting semua warga kakitangan beliau dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan teiti, kemas dan sempurna serta kualiti yang baik dan tinggi.

JMG Sabah mengucapkan β€œSelamat Bersara” selamat berehat buat Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin, dan berharap agar beliau dapat menikmati alam persaraan yang menyeronokkan.

Sumber maklumat dan foto : Penulis

Written by : Suriani Ramlee