PEMBENTANGAN PERANAN JMG SABAH DI MESYUARAT JEMAAH MENTERI NEGERI SABAH

PEMBENTANGAN PERANAN JMG  SABAH DI MESYUARAT JEMAAH MENTERI NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (24 MAC 2021): RABU, Kabinet Negeri Sabah berbesar hati telah menjemput JMG Sabah untuk menyampaikan taklimat dan maklumat terperinci berkaitan sumber mineral yang terdapat di negeri Sabah pada pagi ini di Pejabat Ketua Menteri Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah, Lantai 30.

 

Delegasi JMG diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG Malaysia, Encik Mohd. Badzran bin Mat Taib dan diiringi oleh Pengarah JMG Sabah Encik Jontih Enggihon dan Timbalan Pengarah (Sumber Mineral) JMG Sabah Encik Webster Wong Vui Chung.

 

Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JMG Sabah. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor amat berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan dalam pembentangan tersebut. JMG Sabah berharap maklumat terperinci yang telah disampaikan kepada Ahli-Ahli Jemaah Menteri Sabah ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan peranan JMG  dan berharap dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan industri sumber mineral sebagai satu sumber kekayaan baharu kepada negeri Sabah.

 

Maklumat sebegini akan dapat memberi impak dan manfaat yang baik untuk rakyat di Negeri Sabah serta seiring dengan Pelan Transformasi Industri Mineral (TIM 2021-2030) ke arah pembangunan sumber mineral  mampan yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

 

Dalam masa yang sama, Datuk Seri Panglima Masidi bin Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah telah mencadangkan kepada Tn.TKPO agar penjawatan di JMG Sabah dapàt ditambah dan diperbesarkan dengan mewujudkan pejabat operasi di Pantai Timur Sabah khususnya di Daerah Lahad Datu. 

 

Perkara ini akan dipertimbangkan  oleh pihak Pengurusan Tertinggi JMG Malaysia.

 

Sumber Foto dan Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee

Sumber Penulisan : Pn. Suriani Ramlee

Written by : Suriani Ramlee