LAWATAN SAMBIL BELAJAR KAKITANGAN PERKHIDMATAN MAKMAL JMG SABAH KE PANTAI KELAMBU KUDAT

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KAKITANGAN PERKHIDMATAN MAKMAL JMG SABAH KE PANTAI KELAMBU KUDAT

KUDAT, SABAH (24 MAC 2021): RABU, Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Pantai Kelambu Kudat pada hari ini.

Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal, Dr. Morius Bantas. Antara tujuan lawatan ini adalah memberikan tunjuk ajar kepada dua orang kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal iaitu En. Mujibuddin bin Morshidi dan En. Micheal Presley Anak Pandang. Selain mendedahkan mereka kepada persekitaran alam di negeri Sabah.

Dr. Morius banyak menunjuk ajar bagaimana cara pengambilan pasir dan air laut untuk tujuan sample yang akan dianalisiskan di Makmal JMG Sabah.

Turut serta dalam lawatan ini, En. Khairun Nasir bin Moktar, Pn. Junidah binti Manggam, Pn. Suriani binti Ramlee, En. Richard Untuhun dan En. Dharmin bin Muaiyad.

 

Sumber Foto : En. Mujibuddin bin Morshidi dan Pn. Suriani binti Ramlee

Sumber Maklumat dan Sumber Penulisan : Penulis

Written by : Suriani Ramlee