SEKAMPIT BERAS BKKI JMG SABAH 1442H/2021M

SEKAMPIT BERAS BKKI JMG SABAH 1442H/2021M

KOTA KINABALU, SABAH (14 APRIL 2021): RABU, Badan Kebajikan Kakitangan Islam, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah bermesyuarat dan akan meneruskan Program Sekampit Beras bagi tahun ini walaupun negara kita masih dilanda Pandemik Covid-19 denga mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Seperti tahun-tahun yang sudah, BKKI JMG Sabah akan mengadakan Program Sekampit Beras ini dengan mengumpulkan semua pemberian beras daripada semua kakitangan JMG Sabah dan orang perseorangan dan mengagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan di sekitar Kota Kinabalu.

Ini merupakan salah satu aktiviti BKKI JMG Sabah yang dimasukkan dalam Jadual Perancangan Tahunan BKKI Sabah. Aktiviti Sekampit Beras ini hanya akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dalam setiap tahun.

BKKI JMG Sabah juga mengalukan sumbangan dari semua warga JMG Malaysia yang ingin memberikan sumbangan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Sumber Foto : Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin

Sumber Maklumat dan Sumber Penulisan : Penulis

Written by : Suriani Ramlee