KOTA KINABALU, SABAH (21 APRIL 2022) : KHAMIS, Pihak BKKI JMG Sabah telah mengadakan Program Lawatan Amal Kasih sempena Bulan Ramadhan pada hari ini 20 April 2022 hari Rabu dengan mendapat keizinan daripada Menanggung Pengarah JMG Sabah.
Setiap tahun BKKI JMG Sabah akan memilih rumah anak yatim dan asnaf untuk dilawati. Kali ini penyelaras Encik Awang Besar telah memilih dua buah rumah anak yatim.
Lawatan pertama ke Rumah Anak Yatim & Asnaf As Sakinah di Kinarut dan lawatan kedua di Rumah Anak Yatim Amal Kasih Kingfisher Likas.
Seramai 16 orang terlibat sama. Pengerusi BKKI JMG Sabah sesi kali ini Encik Mazuan turut serta dalam Program Lawatan Amal ini.
Tujuan lawatan ini adalah ingin menyampaikan sumbangan-sumbangan daripada warga JMG Sabah, mantan-mantan JMG Sabah dan hamba-hamba Allah bagi berkongsi rezeki dengan anak-anak ini sempena di bulan mulia, selain melihat keadaan anak-anak dan mengeratkan lagi tali silaturrahim.
Selain itu, sumbangan juga dibuat kepada 5 orang ibu tunggal yang tiada berkemampuan.
Sumbangan juga telah dibuat di rumah asnaf di daerah Kudat seramai 6 orang terpilih, 2 orang di Sepanggar, 2 di Telipok dan 2 lagi di Tuaran.
BKKI JMG Sabah ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan terlibat dengan program amal ini.
Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah
Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah