KOTA KINABALU, SABAH (29 APRIL 2021): KHAMIS, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah menerima kunjungan kehormat daripada Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin, Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya Negeri Sabah pada tengahari hari ini 29 April 2021.
Dato’ Sri bersama rombongan melawat ke JMG Sabah dengan tujuan membincangkan peranan jabatan dalam Sabah Maju Jaya juga berkaitan dengan potensi mineral di negeri Sabah.
Ini merupakan satu kebanggaan kepada warga JMG Sabah disamping menaikkan nama dan peranan JMG Sabah di mata masyarakat di negeri Sabah.
Sumber Foto : En. Jontih Enggihon (Pengarah)
Sumber Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM)
Sumber Penulisan : Penulis