AGIHAN KURMA OLEH BKKI JMG SABAH UNTUK SEMUA WARGA JMG SABAH

AGIHAN KURMA OLEH BKKI JMG SABAH UNTUK SEMUA WARGA JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (23 APRIL 2021): JUMAAT, Badan Kebajikan Kakitangan Islam, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah bermesyuarat dan akan meneruskan aktiviti agihan kurma kepada semua warga JMG Sabah.

Seperti tahun-tahun yang sudah, Biro Wanita BKKI JMG Sabah akan membungkuskan kurma ke dalam bekas dan membuat agihan kepada semua warga JMG Sabah tanpa mengira agama dan bangsa.

Ini juga merupakan salah satu aktiviti Biro Wanita BKKI JMG Sabah yang dimasukkan dalam Jadual Perancangan Tahunan BKKI Sabah. Aktiviti Agihan Kurma ini hanya akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan dalam setiap tahun.

Ini juga salah satu cara mengeratkan lagi silaturrahim antara warga JMG Sabah yang datang dari pelbagai daerah dan negeri.

Sumber Foto : Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin

Sumber Maklumat dan Sumber Penulisan : Penulis

Written by : Suriani Ramlee