BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM MyMesyuarat 2.0 DALAM PENYEDIAAN DAN PENILAIAN SEBUTHARGA/TENDER SECARA GOOGLE MEET

BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM MyMesyuarat 2.0 DALAM PENYEDIAAN DAN PENILAIAN SEBUTHARGA/TENDER SECARA GOOGLE MEET

ONLINE JMG SABAH (15 FEBRUARI 2021) :  Unit Pengurusan Maklumat telah menganjurkan bengkel penggunaan sistem MyMesyuarat bagi persediaan dalam penyediaan dan penilaian sebutharga/tende kelak.  Seramai 20 peserta melibatkan kakitangan JMG Sabah dari pelbagai gred dan peranan dalam sebutharga A/B/tender terutama keanggotaan sebagai Urusetia/Setiausaha telah hadir dengan jayanya bengkel secara atas talian dari pejabat atau kediaman masing-masing.

Inti pati bengkel mendedahkan peserta agar dapat memastikan semasa tempoh PKP, proses perolehan (sebutharga dan tender) dapat diteruskan walaupun sedang BDR mengikut tatacara yang betul semasa menggendali maklumat terhad/sulit di atas talian.  Medium yang akan digunakan adalah internet, perisian VC, sistem mesyuart online dan sistem ePerolehan itu sendiri.  Terdapat tiga peranan utama iaitu urusetia (SH/Tender), setiausaha (SH/Tender) dan pentadbir sistem yang akan menggunakan sistem ini semasa mesyuarat dilaksanakan.  Penggunaan sistem MyMesyuarat ini juga dapat menyokong tujuan baik kerajaan mengurangkan penggunaan kertas (paperless) di masa hadapan.

Written by : BESTY