KOTA KINABALU (28 FEBRUARI 2023, SELASA) : Seramai 16 orang kakitangan pelbagai gred dan wakil pengarah iaitu menanggung TPSM Encik Daulip @ Dee Dee L. Lakkui telah hadir ke majlis tersebut di Sabah International Convention Centre (SICC). Amat membanggakan majlis julung kali ini diadakan secara gabungan antara anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di Sabah. Majlis ini juga dapat ditonton secara maya. Seramai lebih kurang tujuh ribu penjawat awam telah hadir ke majlis amanat ini. Majlis bermula dari jam 1 petang dan bersurai sekitar jam 6 petang. Dif-dif jemputan terdiri daripada Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan YB Ahli Dewan Rakyat, YB Pembantu-pembantu Menteri dan Timbalan Speaker, Setiausaha Persekutuan Sabah. Turut hadir YB Timbalan-timbalan Menteri Persekutuan dari Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Setiausaha Negara. Bersama hadir ke majlis tersebut, YB Menteri-menteri Kabinet Negeri Sabah, YB Menteri-menteri Persekutuan dari Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Melalui wacana bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri telah memberi sesi pengkongsian seperti memperkenalkan mengenai tema iaitu Malaysia Madani yang mana visi adalah membina Malaysia yang Madani, Maju dan Sejahtera menjelang 2030 dengan matlamat “sebuah negara bangsa Malaysia Madani yang tertegak berteraskan prinsip kelestarian, ihsan, hormat menghormati, berinovasi, kesejahteraan dan kepercayaan menuju Malaysia baharu yang megah di persada dunia”. Dasar utama agenda perpaduan Malaysia adalah seperti Rancangan Malaysia ke-12, Bajet 2023, Pelan Antirasuah dan Tatakelola Terbaik Negara serta Sustainable Development Goals. Manakala ada empat teras strategik iaitu membina semula ekonomi, menjamin kesejahteraan insan, reformasi institusi demokrasi dan perundangan serta mewujudkan pentadbiran beramanah.
Memetik ucapan daripada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah “justeru kita perlu mempercepatkan langkah agar tindakan kita bukan saja pantas dan tangkas tetapi juga tepat pada sasaran dalam memastikan kemajuan kejayaan, libat gandakan usaha bagi mengekalkan rekod kejayaan dan kecemerlangan kita dalam mengurus dan mentadbir negeri yang tercinta, anggota perkhidmatan awam adalah jentera kerajaan dan juga bertanggungjawab memastikan peningkatan hasil negeri agar dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat”.
Dalam ucapan amanat YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, beliau berkata “jaga negeri ini baik-baik dan jangan jadikan politik itu tempat adu domba, permusuhan yang tidak berkesudahan. Ada mandat sekarang, gunakan mandat itu, jaga negeri ini dan pimpinan itu dipilih jaga amanah bukan untuk khianati amanah. Mentadbir negeri, menjaga keamanan dan mengangkat martabat negeri dan rakyat di Sabah”.