MESYUARAT SEMINAR SUMBER MINERAL DAN TENAGA DAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI SABAH (SSMTPMS) BIL. 3/2019

MESYUARAT SEMINAR SUMBER MINERAL DAN TENAGA DAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI SABAH (SSMTPMS) BIL. 3/2019

KOTA KINABALU JMG SABAH (05 MAC 2019) : Mesyuarat Bil. 3/2019 ini telah diadakan bagi meneliti semakan terakhir persediaan seminar tersebut.  Beberapa perkara yang telah disentuh adalah peranan ajk pelaksana, backdrop seminar dan susun atur ruang seminar serta pengesahan kehadiran jemputan/peserta seminar tersebut.  Turut dibincangkan adalah mengenai para penceramah, bilik urusetia, rapporteur dan lain-lain seperti buku program, cenderamata, sijil penceramah dan peserta, taklimat keselamatan (pihak hotel) dan tag nama lanyard.  Hasil dari perbincangan ini telah menghasilkan satu sistem perancangan yang lebih teratur dan terurus.  Satu Persembahan (latihan) Ceramah oleh penceramah JMG SBH (En. DD Daulip dan En. Aidil) juga telah diadakan pada 6 Mac 2019.

MESYUARAT PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER (PAG) DAN SEBUTHARGA (MT) BIL. 1/2019

MESYUARAT PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER (PAG) DAN SEBUTHARGA (MT) BIL. 1/2019

KUNDASANG, SABAH (16 – 22 MAC 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan di Perkasa Hotel, Kundasang, Sabah bagi membincangkan penyediaan dokumen tender dan sebutharga yang akan dilaksanakan sepertimana mengikut perancangan kelak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Frederick Francis Tating (JMG Sabah) dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Ahmad Zulkifli bin Kamaruzaman dan En. Mohd Safid bin Saad (BPT), En. Abdul Rahim bin Harun dan En. Mazlan bin Mohd Zain (Ibu Pejabat) serta ahli-ahli lain dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan Pn. Lena Anggie serta mesyuarat dibantu oleh Pn. Besty (urusetia JMG Sabah).

2PIC3PIC4PIC5PIC

MESYUARAT PENGANJURAN MAJLIS PENYERAHAN TELAGA DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH DI KG. PIASAU, KOTA BELUD BIL. 1/2019

MESYUARAT PENGANJURAN MAJLIS PENYERAHAN TELAGA DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH DI KG. PIASAU, KOTA BELUD BIL. 1/2019

KOTA BELUD (02 APRIL 2019) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah siap membina telaga berserta dengan sistem penapisan air tanah di Kg. Piasau, Kota Belud. Telaga dan sistem penapisan ini bertujuan untuk membantu membekal keperluan air di kawasan sekitar kampung tersebut. Oleh yang demikian, Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan satu Majlis Penyerahan Telaga dan Sistem Penapisan Air yang dicadangkan pada 27 April 2019 (Sabtu). Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan oleh En. Jimmy Barukang (Pengerusi MPKK Kg. Piasau, Kota Belud) dan diikuti dengan Perutusan Pengerusi oleh En. Paulus Godwin (Timbalan Pengarah Geosains). Seterusnya mesyuarat diserahkan kepada Ketua Projek En. Jaineh Lingi (Penolong Pengarah Kanan, Aktivit Hidrogeologi) bagi membincangkan aturcara, jemputan rasmi, pengagihan tugas dan jamuan makan. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah En. Eddie (KUPM JMG SBH), Pn. Besty (Penolong Jurukur – UPM JMG SBH) dan Pn. Vianni (Pembantu Tadbir KEW) dan 10 orang AJK Kg. Piasau. Selepas mesyuarat ditangguhkan, Pengerusi MPKK sempat membawa ajk melawat sistem penapisan air tanah yang akan dirasmikan kelak.

MESYUARAT AJK KEM-G BIL. 3/2019

MESYUARAT AJK KEM-G BIL. 3/2019

KOTA KINABALU JMG SABAH (22 Februari 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan Malam Makan Amal yang akan diadakan pada 22 Mac 2019. Beberapa perkara telah dibincangkan seperti Laporan Perbelanjaan dan Aturcara Majlis. Presiden En. Jaineh Lingi berharap semua ajk dapat menjalankan tugas yang telah ditanggungjawabkan sebelum dan semasa majlis tersebut kelak. Besarlah harapan ajk agar melalui majlis ini dapat menyumbangkan sedikit sumbangan untuk anak-anak yatim yang akan turut hadir menyerikan majlis tersebut nanti.  

MESYUARAT EDITOR JABATAN BAGI PENERBITAN LAPORAN TAHUNAN JMG 2018 (AR 2018) PADA 25 FEBRUARI – 1 MAC 2019

MESYUARAT EDITOR JABATAN BAGI PENERBITAN LAPORAN TAHUNAN JMG 2018 (AR 2018) PADA 25 FEBRUARI – 1 MAC 2019

SANDAKAN, SABAH : Satu mesyuarat telah diadakan di Sandakan Hotel, Sandakan bagi tujuan menyemak dan edit laporan untuk penerbitan laporan tahunan JMG Malaysia 2018 yang dipengerusikan oleh En. Mohd. Zulkiflee Che Soh. Seramai 24 kakitangan dari seluruh JMG Cawangan dan Ibupejabat telah terlibat menjayakan mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah diurusetiakan gabungan dari Ibupejabat dan JMG Sabah.