TANJUNG LAYANG-LAYANGAN, LABUAN (8 FEBRUARI 2020) SABTU : Satu lawatan geotapak telah dibuat ke Lapisan Arang Batu, Tanjung Layang-layangan bersama beberapa wakil pegawai daripada ibu pejabat, wakil daripada JMG Sabah dan Dr. Norbert Simon daripada UKM.
Kawasan ini terdiri daripada batu pasir berlapisan silang dan terdapat banyak klasta-klasta batu arang di dalam lapisan silang. Antara struktur-struktur yang dijumpai adalah lapisan silang, gerbang laut, tafoni, “flame structure” dan “convolute bedding”.
Struktur Pentas Hakisan
Singkapan batuan Formasi Belait
Struktur Gerbang Laut
Struktur tafoni
Struktur "flame strucure"
Lawatan geotapak ini tamat pada jam 11.00 pagi.
Sumber: Adyrean Edero Jingkah, Pen. Pegawai Geosains C29, Aktiviti Geologi Warisan