TAKLIMAT PEMBANGUNAN 'ASPIRING LABUAN GEOPARK' KEPADA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN, YBM TN. HJ. KHALID ABD. SAMAD, BERSAMA DENGAN YBHG. DATUK HJH, ROSIDA BT. JAAFAR, KSU KWP DAN YBRS. DR. FARY AKMAL OTHMAN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN LABUAN.

HOTEL DORSETT, LABUAN (7 FEBRUARI 2020) JUMAAT : JAM 6.30 PETANG, Satu sesi Taklimat Pembangunan Aspiring Labuan Geopark telah diadakan  kepada YBM Wilayah Persekutuan, Tn. Hj. Khalid Abd Samad, YBhg. Datuk Hjh Rosida bt. Jaafar, KSU KWP dan YBrs. Dr. Fary Akmal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan (PL) di Dorsett Hotel, Labuan . Tujuan pertemuan ini adalah untuk memberikan kefahaman dan hasrat cadangan pembangunan Aspiring Labuan Geopark Tahun 2020.  

Turut hadir dalam sesi ini iaitu Ketua Delegasi, Pengarah Kanan JMG-BPT, Tn. Hj Azhari Ahmad, Wakil Ibu Pejabat, Encik Mustadza Bin Mazni, Dr. Norbert Simon (KWGM-UKM & Urusetia JKPGK), Cik Fatimah Tuzaharah Binti Kamaludeen (Pegawai Projek Geowarisan, JMG Sabah) dan Encik Adyrean Edero Jingkah(JMG Sabah).

d1

Sesi penggambaran bersama YBM Wilayah Persekutuan

Sumber : Adyrean Edero Jingkah, Pen.Pegawai Geosains C29, Aktiviti Geologi Warisan

Written by : BESTY