MESYUARAT PENGANJURAN MAJLIS PENYERAHAN TELAGA DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH DI KG. PIASAU, KOTA BELUD BIL. 2/2019

MESYUARAT PENGANJURAN MAJLIS PENYERAHAN TELAGA DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH DI KG. PIASAU, KOTA BELUD BIL. 2/2019

KG. PIASAU, KOTA BELUD (16 APRIL 2019) : Mesyuarat ini telah dijalankan bersama ahli jawatankuasa (MPKK – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) Kg. Piasau di Dewan Serbaguna Kg. Piasau, Kota Belud. Pengerusi MPKK Kg. Piasau juga telah membentangkan senarai semak mereka seperti Venue Setup, Menu Jamuan, Keselamatan dan Kebersihan. Mereka berharap dengan adanya kerjasama ini, dapatlah membantu meringankan sedikit beban ahli jawantankuasa dari JMG Sabah. Keseluruhan persediaan adalah berjalan lancar dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan kelak. Sorotan pertemuan bersama YB Datuk Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah) merangkap ADUN N7 Kadamaian, tarikh cadangan awal perasmian pada 27 April 2019 telah dianjakkan ke 22 Jun 2019. Ahli jawantakuasa JMG Sabah yang hadir pada mesyuarat kali adalah En. Jaineh Lingi (Penolong Pengarah Kanan – Ketua Projek), En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM JMG Sbh) dan Pn. Besty Jenny Adim (Penolong Jurukur – UPM, JMG Sbh).

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MENAIKTARAF TANDAS (LELAKI DAN WANITA) BIL. 1/2019

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MENAIKTARAF TANDAS (LELAKI DAN WANITA) BIL. 1/2019

KOTA KINABALU JMG SABAH (5 MAC 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan penyediaan sebutharga yang akan dilaksanakan sepertimana mengikut perancangan kelak. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Morius Bantas, Pn. Margaret Stephen Mozimin, En. Abdul Arif bin Tahar, Pn. Vianni Vincent dan Pn. Besty Jenny Adim.

MESYUARAT SEMINAR SUMBER MINERAL DAN TENAGA DAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI SABAH (SSMTPMS) BIL. 4/2019 (POST-MORTEM)

MESYUARAT SEMINAR SUMBER MINERAL DAN TENAGA DAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI SABAH (SSMTPMS) BIL. 4/2019 (POST-MORTEM)

KOTA KINABALU JMG SABAH (13 MAC 2019) : Sorotan dari seminar tersebut, ahli jawatankuasa telah bersetuju menggadakan satu post-mortem bagi penambahbaikan program yang sama pada masa akan datang dan berharap semua ajk yang terlibat dapat mengambil pengalaman dan iktibar pada masa akan datang.  Pengerusi juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan tahniah atas kerjasama kepada semua ajk dalam menjayakan seminar tersebut dan mesyuarat tersebut juga adalah sebagai penutupan untuk seminar ini.  Turut dibincangkan adalah Laporan Akhir Seminar Tenaga yang disediakan oleh En. Mazuan dan Laporan Sesi Soal Jawap Seminar yang dikumpulkan dan disediakan oleh En. Fredolin.

MESYUARAT SEMINAR SUMBER MINERAL DAN TENAGA DAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI SABAH (SSMTPMS) BIL. 3/2019

MESYUARAT SEMINAR SUMBER MINERAL DAN TENAGA DAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI SABAH (SSMTPMS) BIL. 3/2019

KOTA KINABALU JMG SABAH (05 MAC 2019) : Mesyuarat Bil. 3/2019 ini telah diadakan bagi meneliti semakan terakhir persediaan seminar tersebut.  Beberapa perkara yang telah disentuh adalah peranan ajk pelaksana, backdrop seminar dan susun atur ruang seminar serta pengesahan kehadiran jemputan/peserta seminar tersebut.  Turut dibincangkan adalah mengenai para penceramah, bilik urusetia, rapporteur dan lain-lain seperti buku program, cenderamata, sijil penceramah dan peserta, taklimat keselamatan (pihak hotel) dan tag nama lanyard.  Hasil dari perbincangan ini telah menghasilkan satu sistem perancangan yang lebih teratur dan terurus.  Satu Persembahan (latihan) Ceramah oleh penceramah JMG SBH (En. DD Daulip dan En. Aidil) juga telah diadakan pada 6 Mac 2019.

MESYUARAT PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER (PAG) DAN SEBUTHARGA (MT) BIL. 1/2019

MESYUARAT PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER (PAG) DAN SEBUTHARGA (MT) BIL. 1/2019

KUNDASANG, SABAH (16 – 22 MAC 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan di Perkasa Hotel, Kundasang, Sabah bagi membincangkan penyediaan dokumen tender dan sebutharga yang akan dilaksanakan sepertimana mengikut perancangan kelak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Frederick Francis Tating (JMG Sabah) dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Ahmad Zulkifli bin Kamaruzaman dan En. Mohd Safid bin Saad (BPT), En. Abdul Rahim bin Harun dan En. Mazlan bin Mohd Zain (Ibu Pejabat) serta ahli-ahli lain dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan Pn. Lena Anggie serta mesyuarat dibantu oleh Pn. Besty (urusetia JMG Sabah).

2PIC3PIC4PIC5PIC