PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2019

PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2019

KOTA KINABALU (31 JANUARI 2019) : Majlis perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (Nephrite) yang dihadiri seramai 50 kakitangan terdiri dari kumpulan pelaksana dan pengurusan jabatan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Ebahrim bin Bedin dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku. Perutusan disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli.

Seperti tahun sebelumnya, pengucapan awam masih diteruskan di JMG, Sabah. Encik Fredolin Javino (Ketua Penolong Pengarah - Aktiviti Geologi Alam Sekitar) telah menyampaikan ilmu beliau iaitu bertajuk ‘4 Keperibadian Utama – Memahami diri sendiri untuk memahami sesama), manakala Puan Junidah binti Manggam (Pembantu Geosains – Makmal Eksplorasi Geokimia) berkongsi ilmu mengenai ‘Luka dan Pendarahan’ (Basic First Aid). Disamping itu, Puan Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat – Unit Pengurusan Maklumat) turut menyampaikan taklimat iaitu “Keselamatan ICT – online grooming). Majlis diakhiri dengan cabutan nama (pengucapan awam bagi perhimpunan bil.2/2019) dan Pengumuman terbuka dari En. Jaineh Lingi (Presiden KEMG) mengenai makan malam jabatan yang bakal diadakan pada bulan Mac 2019. Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar dan penuh semangat walaupun dalam keadaan ‘black out’ sepanjang majlis dijalankan.  Penyelaras majlis dari Unit Pengurusan Maklumat.

SEMINAR ON DIGITAL GEOLOGICAL SURVEY SYSTEM (DGSS)

SEMINAR ON DIGITAL GEOLOGICAL SURVEY SYSTEM (DGSS)

KOTA KINABALU, SABAH : Rentetan dari “Training Course and Application On Digital Geological Mapping” di Kedah Darul Aman, sekali lagi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama China Geological Survey (CGS) telah menganjurkan sambungan program tersebut di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah pada 7 hingga 16 Oktober 2018. Para peserta dan delegasi China disambut dengan majlis makan malam dan ucapan selamat datang oleh Y.Bhg Datuk Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG Malaysia. Manakala majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Kamal bin Daril, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) JMG Malaysia.

Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran para peserta kepada kaedah pemetaan geologi secara digital selain memberi pendedahan kepada teknik dan teknologi terkini kepada peserta dalam menjalankan pemetaan geologi serta menggalakkan kerjasama teknikal dalam teknologi pemetaan geologi secara digital antara kedua-dua negara.

Seramai 30 peserta dipilih dari seluruh cawangan JMG Malaysia dan beberapa dari universiti tempatan Malaysia, telah menghadiri seminar tersebut. Manakala pihak CGS telah menghantar seramai 6 orang pegawai mereka. Seminar telah dijalankan secara dalam kelas dan kerja lapangan bagi memastikan peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diberikan.

Urusetia seminar ini diketuai oleh En. Mohd Badzran bin Mat Taib (Pengarah PP) dan ahli-ahlinya En. Fattullah bin Abu Naim, En. Mohd Azri, En. Alvyn Clancey Mickey, Cik Ropidah binti Mat Zin, Pn. Kapis Lagang, En. Afzanizam bin Ramlan, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee, Pn. Jayawati F. Sahih binti Montoi, En. Goh Khean Seong, En. Awang Besar bin Hj. Kula, Pn. Besty J. Adim, En. Abd Arif bin Tahar, Pn. Shuryanteh binti Mohd Yassin, Pn. Normi Adok, Pn. Vianni Vincent dan En. Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi.

Penutupan seminar telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zukeri bin Ab. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG Malaysia.

pic3A

pic3A

pic3A

MESYUARAT TEKNIKAL DAN KERJA LAPANGAN BAGI PEMASANGAN, PENTAULIAHAN DAN UJILARI PERALATAN MAGNETOTELURIK (MT)

MESYUARAT TEKNIKAL DAN KERJA LAPANGAN BAGI PEMASANGAN, PENTAULIAHAN DAN UJILARI PERALATAN MAGNETOTELURIK (MT)

KUNDASANG, SABAH : Satu mesyuarat teknikal dan kerja lapangan bagi pemasangan, pentauliahan dan ujilari peralatan magnetotelurik (MT) telah diadakan di Perkasa Hotel Mt. Kinabalu bermula 18 sehingga 29 Mei 2018. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Abdul Rahim bin Harun.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan dan menjalankan kerjalapangan bagi pemasangan, pentauliahan serta pengujilarian sistem peralatan tersebut yang melibatkan cerapan data di sekitar kawasan yang dikenalpasti terdapatnya sesar-sesar aktif Lobou-Lobou dan Mensaban di Kundasang seterusnya kerja-kerja pemprosesan data (MT). Seramai 28 peserta telah hadir dalam mesyuarat tersebut.  Turut hadir dalam pembincangan tersebut adalah dari wakil syarikat pembekal iaitu seramai 5 orang.  Secara keseluruhannya perbincangan berjalan dengan lancar.