UJIAN SARINGAN AIR KENCING (DADAH)

UJIAN SARINGAN AIR KENCING (DADAH)

KOTA KINABALU (04 DECEMBER 2019): Seramai 55 dari 80 orang kakitangan dari JMG Sabah telah berjaya melaksanakan tanggungjawab melakukan ujian saringan air kencing (jenis methamphetamine/syabu) bagi mengesan penagihan dadah dikalangan kakitangan selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1989 pada 04 Disember 2019 bertempat di Bilik Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah bermula pada jam 9.30 pagi. JMG Sabah amat berterima kasih atas kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu (AADK) yang diketuai oleh Encik Vasco Melitin dalam kelancaran saringan tersebut.

 

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM GEOSAINS 2019

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM GEOSAINS 2019

KOTA MARUDU, SABAH (11 NOVEMBER 2019) : Pelaksanaan program kesedaran awam ini merupakan inisiatif JMG Sabah bagi menyampaikan maklumat berhubung hasrat kerajaan khususnya yang melibatkan kepentingan orang awam di Negeri Sabah dengan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat setempat betapa perlunya pengetahuan tentang tindakan yang diperlukan apabila berlakunya ancaman dan kejadian geobencana.

Objektif bagi program ini adalah bagi memberi kesedaran awam dan pengetahuan geologi kepada masyarakat setempat khususnya di kawasan yang berisiko tinggi berlakunya bencana gempa bumi, tanah runtuh dan banjir lumpur serta untuk mendapatkan maklumbalas dan maklumat lanjut daripada masyarakat awam sekiranya terdapat tanda-tanda berlakunya bencana geologi ataupun kawasan yang berpotensi dimajukan sebagai khazanah warisan geologi.

Kumpulan sasar bagi program ini adalah masyarakat awam di kawasan yang berisiko menghadapi bencana geologi. Disamping, memberi pendidikan khususnya kepada Penuntut Sekolah (Menengah dan Rendah). Kehadiran sebenar peserta ke program tersebut adalah seramai 300 orang iaitu enam puluh (65) orang adalah pelajar Sekolah Rendah, Menengah dan Universiti, seratus dua puluh (120) orang adalah penduduk kampung sekitar Kota Marudu dan seratus lima belas (15) orang adalah peserta dari agensi kerajaan negeri/persekutuan dan swasta. Pelaksanaan program ini adalah hasil kerjasama dengan Pejabat Daerah Kota Marudu dan beberapa agensi kerajaan di Kota Marudu. Agensi – agensi yang terlibat tersebut adalah seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Kota Marudu), Hospital Kota Marudu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu, Jabatan Kerja Raya Kota Marudu, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Mangaris (Kota Marudu), Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Marudu, Jabatan Surkarelawan Malaysia (RELA) Kota Marudu, Jabatan Tanah dan Ukur Kota Marudu, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kota Marudu, Parti Tindakan Demokratik P168 Kota Marudu (N7 Tandek), Pejabat Kesihatan Kota Marudu, Pejabat Pendidikan Kota Marudu, Persatuan Pelancongan Kota Marudu, Puspanita Kota Marudu, Sabah Credit Corporation, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarat N.5 Tandek, Wakil Ketua Anak Negeri Kota Marudu.

Sebanyak EMPAT (4) pembentangan kertas dan taklimat telah dibuat sepanjang program dilaksanakan.  Kertas 1: Kesedaran Pelancongan Luar Bandar – En. Janes Bin Kansirong, Timbalan Presiden Persatuan Pelancongan Kota Marudu.  Kertas 2: Kesedaran Awam Kepentingan Warisan Geologi – En. Mison Ajum, Aktiviti Geologi Warisan JMG Sabah.  Kertas 3: Sumber Air Bawah Tanah – En. Jaineh Lingi, Ketua Aktiviti Hidrogeologi JMG Sabah.  Kertas 4: Bencana Gempa Bumi:Punca, Mekanisma Dan Kesan – Dr. Frederick Tating, Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan JMG Sabah.

Semasa program tersebut, beberapa bahan pameran telah dipamerkan seperti Bencana Geologi, diketuai oleh En. Bailon bin Golutin. Sumber Air Bawah Tanah, diketuai oleh En. Mazrali bin Alway.  Warisan Geologi, diketuai oleh En. Mison bin Ajum. Sumber Mineral, diketuai oleh Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi.  Makmal Kimia, diketuai oleh Dr. Morius Bantas.  Aktiviti derma darah dari Hospital Kota Marudu turut dijalankan sepanjang program ini, pihak hospital memaklumkan bahawa seramai 10 orang telah menderma darah namun cuma 4 sahaja yang memenuhi syarat.

Selepas program di Dewan Komuniti, Kota Marudu, rombongan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, agensi lain dan beberapa pegawai dari JMG telah bertolak ke Kampung Pompodon untuk upacara perasmian telaga tiub.  Telaga tiub tersebut telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Encik Rasinin Koutis. Dengan adanya program kesedaran awam ini, adalah diharap maklumat yang dikongsi bersama akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat awam untuk membuat persiapan sekiranya berlaku sebarang ancaman dan kejadian geobencana bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda pada masa akan datang.

Sumber asal : Pn. Lena Anggie

           

PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH

PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN BIL.7/2019 DAN MAJLIS PERSARAAN PENGARAH JMG SABAH

KOTA KINABALU, 31 Julai 2019 (Rabu) : Program Perhimpunan Bulanan Bilangan 7 Tahun 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu, Tingkat 1, JMG Sabah dengan kehadiran 70 orang kakitangan dari 79 jumlah keseluruhan kakitangan JMG Sabah.  Penyelaras diselaras dari Unit Pengurusan Maklumat. 

Aturcara dimulakan dengan pegawai dan kakitangan mengambil tempat dan ketibaan Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Aktiviti serta ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengarah JMG Sabah (En. Mohd Yusop bin Ramli).  Bacaan Doa telah dipimpin oleh En. Ebahrim bin Bedin dan seterusnya nyanyian lagu NegaraKu, Tanah Air Ku & Malaysia Bersih dan diikuti Perutusan Pengarah JMG Sabah. 

Program bersambung terus ke Majlis Persaraan Tuan Pengarah yang dimulakan dengan Montaj Tuan Pengarah sepanjang perkhidmatan beliau.  Seterusnya ucapan penghargaan dan perpisahan daripada Timbalan Pengarah (En. Paulius Godwin @ Paulus), Presiden KEM-G (En. Aidil bin Arnolous Rema) dan Pengerusi BKKI (En. Muhd Umar bin Sarimal).  Beberapa kakitangan juga iaitu Pn. Jayawati Fanilla Sahih binti Montoi (Unit Sumber Mineral), En. Mujahid bin Supilin (Unit Geosains), En. Dharmin bin Muaiyad (Unti Pentadbiran & Kewangan), Dr. Morius Bantas (Unit Makmal) mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terbuka mereka kepada Tuan Pengarah.  Rata-rata meluahkan rasa terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan beliau di JMG Sabah ini, tidak lupa juga pelbagai pengalaman yang ditempuhi bersama-sama sejak mengenali beliau.  Sebagai tanda penghargaan JMG Sabah kepada beliau, kakitangan telah menyediakan pelbagai cenderamata sempena persaraan beliau.  Program dan majlis telah berjalan lancar dan jayanya sehingga jamuan dan bersurai.  

                                 

 

MESYUARAT PENGURUSAN MAKLUMAT (MPM) 2019

MESYUARAT PENGURUSAN MAKLUMAT (MPM) 2019

SEREMBAN, 28 - 29 November 2019 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Maklumat (MPM) 2019 Siri II bertempat di Hotel Palm, Seremban, Negeri Sembilan. Mesyuarat merangkumi Jawatankuasa Infrastruktur dan Keselamatan ICT (JKIK ICT) Bil. 2/2019 dan Jawatankuasa Teknikal GIS (JTGIS) Bil. 2/2019 yang dipengerusikan oleh TKP (KEM) manakala ICT Updates telah dipengerusikan oleh PGH (PM). Pegawai JMG Sabah yang menghadiri mesyuarat tersebut adalah Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM) dan Puan Lena Anggie (PTM). Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

WhatsApp Image 2019 11 28 at 11.03.51 AM2

WhatsApp Image 2019 11 28 at 11.03.51 AM2

WhatsApp Image 2019 11 28 at 11.03.51 AM1