KOTA BELUD (02 APRIL 2019) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah siap membina telaga berserta dengan sistem penapisan air tanah di Kg. Piasau, Kota Belud. Telaga dan sistem penapisan ini bertujuan untuk membantu membekal keperluan air di kawasan sekitar kampung tersebut. Oleh yang demikian, Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan satu Majlis Penyerahan Telaga dan Sistem Penapisan Air yang dicadangkan pada 27 April 2019 (Sabtu). Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan oleh En. Jimmy Barukang (Pengerusi MPKK Kg. Piasau, Kota Belud) dan diikuti dengan Perutusan Pengerusi oleh En. Paulus Godwin (Timbalan Pengarah Geosains). Seterusnya mesyuarat diserahkan kepada Ketua Projek En. Jaineh Lingi (Penolong Pengarah Kanan, Aktivit Hidrogeologi) bagi membincangkan aturcara, jemputan rasmi, pengagihan tugas dan jamuan makan. Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah En. Eddie (KUPM JMG SBH), Pn. Besty (Penolong Jurukur – UPM JMG SBH) dan Pn. Vianni (Pembantu Tadbir KEW) dan 10 orang AJK Kg. Piasau. Selepas mesyuarat ditangguhkan, Pengerusi MPKK sempat membawa ajk melawat sistem penapisan air tanah yang akan dirasmikan kelak.
MESYUARAT AJK KEM-G BIL. 3/2019
KOTA KINABALU JMG SABAH (22 Februari 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan Malam Makan Amal yang akan diadakan pada 22 Mac 2019. Beberapa perkara telah dibincangkan seperti Laporan Perbelanjaan dan Aturcara Majlis. Presiden En. Jaineh Lingi berharap semua ajk dapat menjalankan tugas yang telah ditanggungjawabkan sebelum dan semasa majlis tersebut kelak. Besarlah harapan ajk agar melalui majlis ini dapat menyumbangkan sedikit sumbangan untuk anak-anak yatim yang akan turut hadir menyerikan majlis tersebut nanti.
MESYUARAT EDITOR JABATAN BAGI PENERBITAN LAPORAN TAHUNAN JMG 2018 (AR 2018) PADA 25 FEBRUARI – 1 MAC 2019
SANDAKAN, SABAH : Satu mesyuarat telah diadakan di Sandakan Hotel, Sandakan bagi tujuan menyemak dan edit laporan untuk penerbitan laporan tahunan JMG Malaysia 2018 yang dipengerusikan oleh En. Mohd. Zulkiflee Che Soh. Seramai 24 kakitangan dari seluruh JMG Cawangan dan Ibupejabat telah terlibat menjayakan mesyuarat tersebut. Mesyuarat telah diurusetiakan gabungan dari Ibupejabat dan JMG Sabah.
MESYUARAT PENYEDIAAN KERTA KERJA KELULUSAN ICT UNTUK SISTEM PEMANTAUAN PERGERAKAN GARIS-GARIS SESAR MENGGUNAKAN GNSS BIL 1/2019
KOTA KINABALU JMG SABAH (20 Februari 2019, Rabu) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi tujuan memberi maklumat dan penerangan mengenai tatacara kelulusan ICT untuk projek yang sedang atau akan dijalankan kelak. Keperluan ini adalah untuk mendapatkan kelulusan ICT bagi mana-mana projek yang melibatkan perolehan aset ICT seperti komputer riba, server, perisian GNSS khususnya dan penyediaan rangkaian bagi menyokong projek tersebut. Mesyuarat dihadiri oleh En. Frederick Francis Tating (Pengerusi), En. Eddie Affandy Mohd. Yusslee (KUPM), En. Bailon bin Golutin, En. Arthur Clement Makulim, En. Goh Khean Seong, Pn. Normi Adok, Pn. Besty J. Adim dan Pn. Lena Anggie (Setiausaha). Mesyuarat ini adalah susulan daripada Mesyuarat Pengurusan Maklumat JMG Bil 1/2019 yang telah diadakan di Hotel Merdeka Palace Kuching, Sarawak dari 11 hingga 15 Februari 2019
MESYUARAT TAKLIMAT SUMBER MINERAL SABAH DAN TEKNOLOGI PEMBANGUNAN MAPAN BIL. 1/2019
KOTA KINABALU JMG SABAH (30 JANUARI 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi merancang satu Taklimat Sumber Mineral Sabah dan Teknologi Pembangunan Mapan yang mana dicadangakan pada awal bulan Mac 2019 bertempat di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu. Mesyuarat dihadiri oleh Tuan Pengarah selaku Penasihat dan dipengerusi oleh Encik Webster Wong selaku Penyelia Projek. Manakala Encik DD Daulip Lakkui sebagai Penyelaras Projek (Ketua Projek). AJK lain yang turut hadir adalah Encik Paulius Godwin (KUGS), Encik Eddie Affandy Mohd Yusslee (KUPM - Protokol), Encik Fredolin Javino (komiti Arang Batu), En. Mazuan bin Roslan (Ketua Logistik), Encik Richard Clemen (Logistik), Puan K. Halimah bt Alis, Menanggung PPT & (Urusetia - Pentadbiran), Puan Vianni Vincent (Urusetia - Kewangan), Puan Besty Jenny Adim & Puan Normi Adok (Urusetia - IT), Encik Fiqria Haziq Ahyai Abdullah (Pemandu) dan Puan Lena Anggie (Setiausaha).
Taklimat ini dicadangkan khasnya untuk menyebarkan dan berkongsi maklumat dengan kerajaan Negeri Sabah serta agensi-agensi berkaitan untuk meningkatkan pengetahuan dan kerjasama dalam memelihara dan membangunkan kekayaan sumber alam ini secara mapan selaras dengan keperluan pembangunan yang sejagat yang dapat mengimbangi keperluan sosio-ekonomi masyarakat tanpa memudaratkan kepentingan alam sekitar.
Mesyuarat ini juga menyentuh objektif, kaedah penyampaian, kos dan faedah penganjuran untuk melancarkan program tersebut kelak.