MESYUARAT BAGI MEMBINCANGKAN ISU-ISU PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN SISTEM ePEROLEHAN (eP) DI KEMENTERIAN/AGENSI

MESYUARAT BAGI MEMBINCANGKAN ISU-ISU PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN SISTEM ePEROLEHAN (eP) DI KEMENTERIAN/AGENSI

PUTRAJAYA (16 JANUARI 2020) :  Sistem ePerolehan (eP) telahpun dilancarkan pada 1 Januari 2018 dan dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perbendaharaan 5.1 Perolehan Secara Elektronik, semua urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding Kerajaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan melalui Sistem eP sepenuhnya.  Sepanjang tempoh satu (1) tahun perlaksanaan Sistem eP, Kementerian Kewangan (MoF) telah menerima pelbagai maklumbalas positif dan komen penambahbaikan melalui pelbagai platform seperti semasa sesi turun padang, taklimat dan latihan, mesyuarat-mesyuarat (Ministry Task Force di Kementerian), Program Hari Terbuka Bahagian Perolehan Kerajaan dan aduan-aduan melalui saluran eAduan, emel dan sebagainya.  Sehubungan dengan itu, MoF telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik Sistem eP sedia ada dengan melaksanakan pembangunan Sistem eP Fasa Dua  (2) yang telah bermula pada September 2018 yang melibatkan sebanyak 898 item dengan jangkaan selesai sepenuhnya pada tahun 2021.  Walau bagaimanapun, Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019 yang diadakan pada 17 Disember 2019 yang lalu telah memutuskan bahawa masih terdapat lagi keperluan untuk MoF mendapatkan input bagi penambahbaikan Sistem eP sedia ada daripada semua Kementerianl Agensi. 

Oleh itu, beberapa agensi kerajaan yang berkaitan telah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.  JMG Sabah sendiri telah menghantar wakil atau kakitangan yang terlibat secara langsung ke mesyuarat tersebut iaitu Encik Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (KUPM), Puan Normi Adok (PPTM) dan Puan Rizidah Majawal (PPT).  Mesyuarat telah dilaksanakan bertempat di Bahagian Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia yang diPengerusi oleh YBhg. Dato' Zamzuri bin Abdul Aziz (Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan).

 

TAKLIMAT RINGKAS TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN (TPATA)

TAKLIMAT RINGKAS TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH KERAJAAN (TPATA)

KOTA KINABALU (04 Februari 2020) :  Satu taklimat dalaman jabatan telah dilaksanakan untuk tujuan memberikan pendedahan kepada semua Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Pelaksana mengenai Aset Tak Alih Kerajaan dan memberi pendedahan kepada kakitangan dalam konteks meningkatkan kecekapan pengurusan dan pencapaian matlamat organisasi melalui TPATA disamping meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan Kerangka Strategi Pelaksanaan TPATA bagi menghasilkan maklumat data ATA mengikut panduan yang disediakan Kerajaan (Pekeliling AM Bilangan 2 Tahun 2012). 

Seramai 35 peserta JMG Sabah yang tergolong daripada Pegawai Geosains C41, C44 & C48 dan Pelaksana C32, C29, C26, C22 dan C19 telah dijemput menghadiri taklimat tersebut bagi mencapai objektif taklimat iaitu Pengenalan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) dan Peranan dan tanggungjawab Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) serta Peranan dan tanggungjawab pihak lain yang terlibat dalam PATA kelak di JMG Sabah.  Puan Lena Anggie selaku Pegawai Teknikal Fasiliti (PTF) adalah Fasilitator Taklimat dan dibantu oleh Puan Margaret Stephen Mozimin (PDF), Puan Besty Jenny Adim (PIF), Encik Herorisan Bin Paruka (POF) dan Puan Shuryanteh Bt. Mohd. Yassin (Urusetia).  Taklimat diakhiri dengan perlantikan Panel Penilai Teknikal (Penerim Aset Tak Alih) seramai lima kakitangan yang disampaikan oleh Dr. Frederick Francis Tating. 

PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2020

PERHIMPUNAN BULANAN BILANGAN 1 TAHUN 2020

KOTA KINABALU (23 JANUARI 2020) :  Majlis perhimpunan bulanan pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama (Nephrite) yang dihadiri seramai 57 kakitangan terdiri dari kumpulan pelaksana dan pengurusan jabatan.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Ebahrim bin Bedin dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku.  Perutusan disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin@Paulus.

Majlis diselitkan dengan sesi pengenalan pegawai lantikan baru iaitu Cik Fatimah Tuzaharah Binti Kamaludeen dan Encik Muhammad Haniff Bin Hamzah.  Turut memperkenalkan diri iaitu Pegawai Geosains, Encik Asman Bin Alias yang mana berpindah pejabat cawangan ke JMG Sabah.  Disamping itu, turut diberi kesempatan memperkenalkan diri adalah professor Dr. Nobert Simon yang menjalankan Latihan/Kajian beliau di JMG Sabah.  Majlis kali ini menarik perhatian warga JMG Sabah mengenai satu taklimat ringkas mengenai “Rasionalisasi Jabatan Ke Arah Penubuhan Lembaga Pembangunan Mineral Malaysia (LPMM) dan GeoMalaysia” yang disampaikan oleh Encik Eddie Affandy bin Mohd Yusslee yang mana antara initipati taklimat adalah pertimbangan dasar dalam cadangan penubuhan LPMM dan justifikasi penubuhan LPMM dan GeoMalaysia serta perancangan projek penubuhan ini kelak.

Sebelum majlis perhimpunan berakhir, majlis telah memberikan penghormatan terakhir untuk Tuan Pengarah yang bakal bersara pada masa terdekat ini.  Majlis persaraan beliau diserikan dengan montaj kehidupan beliau, ucapan daripada Presiden KEMG serta ucapan terbuka daripada warga JMG Sabah itu sendiri.  Jasa baik beliau dikenang melalui pelbagai cenderamata daripada kelab dan Unit serta Aktiviti di JMG Sabah.  Penyelaras majlis kali ini adalah dari Unit Pengurusan Maklumat.

 

MESYUARAT UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT BIL. 3/2019

MESYUARAT UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT BIL. 3/2019

LABUAN (18 - 19 September 2019) :  Beberapa ajk dari pelbagai mesyuarat iaitu Mesyuarat MBJ, Keutuhan Pengurusan, Kewangan & Akaun, Pengurusan dan Mesyuarat Unit Makmal serta Unit Pengurusan Maklumat turut bersama-sama berkampung mengadakan mesyuarat masing-masing bertempat di Hotel Lazenda, Wilayah Persekutuan Labuan.  Hasil dari mesyuarat yang dijalankan dari Unit Pengurusan Maklumat sendiri, beberapa perkara telah dibincangkan melalui Laporan Kemajuan dan Perancangan seperti Pengurusan Data, Perolehan Aset ICT, GIS, Perpustakaan, Latihan Industri dan Hal-hal lain daripada setiap kakitangan UPM.  Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.  Disamping itu, kesemua rombongan ajk mesyuarat yang terlibat turut diberi kesempatan membuat lawatan ke Projek Hidrologi, Kawasan Arang Batu dan Kawasan Geowarisan.  Mesyuarat seumpama ini dicadangkan agar diteruskan sekali sekala bagi pendedahan ilmu kepada kakitangan JMG Sabah khususnya mereka yang jarang bekerja di luar pejabat.

MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN DOKUMEN TENDER STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) AKTIF BIL. 3/2019 (FASA AKHIR) DAN LAWATAN TAPAK PROJEK SURVEI MAGNETOTELURIK (MT) DI LAHAD DATU, SABAH

MESYUARAT PENYEDIAAN SPESIFIKASI DAN DOKUMEN TENDER STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) AKTIF BIL. 3/2019 (FASA AKHIR) DAN LAWATAN TAPAK PROJEK SURVEI MAGNETOTELURIK (MT) DI LAHAD DATU, SABAH

LAHAD DATU, SABAH (27 – 30 OGOS 2019) : Pada 27 – 28 Ogos 2019 Mesyuarat tertumpu pada penyediaan dokumen tender PAG (Fasa Akhir) yang dipengerusi oleh Dr. Frederick Francis Tating dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Ahmad Zulkifli bin Kamaruzaman dan En. Mohd Safid bin Saad (BPT), En. Abdul Rahim bin Harun dan En. Mazlan bin Mohd Zain (Ibu Pejabat) serta ahli-ahli lain dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan Pn. Lena Anggie.  Turut hadir membantu mesyuarat Pn. Besty Jenny Adim (urusetia) dan En. Dharmin bin Muaiyad.  Pada 29 Ogos 2019, ajk berkesempatan membuat lawatan tapak bagi Projek Survei Magnetotelurik (MT) di kawasan Tabin, ajk telah dibantu oleh kakitangan iaitu En. Awang Besar bin Hj. Kula, En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanafi dan En. Fiqria Haziq Ahyai Abdullah bersama-sama dengan pihak syarikat Geo Technology Resources Sdn Bhd yang sedang menjalankan kerja luar serta latihan MT di Lahad Datu.  Turut hadir pada lawatan kali ini adalah En. Fredolin Javino.  Sebelum mesyuarat diakhiri pada 30 Ogos 2019, satu Taklimat Ringkas mengenai Kemajuan Projek Survei MT oleh syarikat tersebut telah dibentang pada hari berkenaan disertakan penyerahan beberapa aset MT untuk dijadikan Hak Kerajaan Malaysia.