PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 7 TAHUN 2021 & MAJLIS PERASMIAN PAGAR KESELAMATAN SERTA MINI LANDSKAP DI JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SABAH

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 7 TAHUN 2021 & MAJLIS PERASMIAN PAGAR KESELAMATAN SERTA MINI LANDSKAP DI JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SABAH

KOTA KINABALU (16 DISEMBER 2021) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah mengadakan satu Perhimpunan Bulanan Bilangan 7 Tahun 2021 yang diurusetiakan oleh Unit Pengurusan Maklumat.  Seramai 60 orang kakitangan telah menghadiri majlis pada kali ini. 

Majlis dimulakan dengan nyanyi lagu rasmi dan disusuli dengan doa yang disampaikan oleh En. Mohd Faiz bin Abdul Murat daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan.  Majlis diteruskan dengan perutusan daripada menanggung Tuan Pengarah, En. Webster Wong dan sekaligus merasmikan pagar keselamatan dan mini landskap jabatan.  Majlis rasmi selesai selepas sesi bergambar warga JMG Sabah, pemotongan reben dan Kumpulan Pengurusan berjalan di atas batu urut di mini landskap.  Bagi memeriahkan majlis akhir tahun ini, pihak urusetia penganjur telah memasuki beberapa acara seperti tukar-tukar hadiah, sambutan harijadi kelahiran bulan November dan Disember serta koir sempena perayaan Hari Natal.  Pihak penganjur dan Tuan Pengarah amat berterima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan daripada kakitangan yang telah membantu pihak urusetia penganjur samada secara langsung atau tidak langsung bermula dari penyediaan, rehersal sehinggalah majlis selesai sepenuhnya.  Semoga semangat bekerjasama tersebut akan terus menjadi kebiasaan di Jabatan ini.      

 

LAWATAN KERJA SETIAUSAHA BAHAGIAN (PEMBANGUNAN) KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI (KeTSA) KE NEGERI SABAH DARI 29 NOVEMBER HINGGA 03 DISEMBER 2021

LAWATAN KERJA SETIAUSAHA BAHAGIAN (PEMBANGUNAN) KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI (KeTSA) KE NEGERI SABAH DARI 29 NOVEMBER HINGGA 03 DISEMBER 2021

KOTA KINABALU (02 DISEMBER 2021) : YBrs. Tuan Hamsha bin Injau, Setiausaha Bahagian (Pembangunan) KeTSA melakukan lawatan kerja rasmi ke tapak cadangan Pembinaan Bangunan Mini KeTSA di Jalan Lintas, Penampang Sabah baru-baru ini.

Sepanjang lawatan, YBrs. Tuan Hamsha bin Injau telah menghadiri sesi taklimat ringkas bersama Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Sabah) (JUPEM), Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Negeri Sabah (JKPTG) dan menanggung Pengarah En. Wong Vui Chung, Jabatan Mineral dan Malaysia, Sabah (JMG) untuk cadangan Pembinaan Bangunan Mini Kementerian Dan Sumber Asli (Mini KeTSA) di Sabah bagi Rancagnan Malaysia Ke Dua Belas.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA DAN PENYEDIAAN PROJEK PENYELENGGARAN PEJABAT JMG SABAH TAHUN 2021

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA DAN PENYEDIAAN PROJEK PENYELENGGARAN PEJABAT JMG SABAH TAHUN 2021

KUNDASANG (26 - 29 MAC 2021) : Satu pasukan jawatankuasa yang dilantik telah mengadakan mesyuarat pertama di Celyn Hotel, Kundasang bagi menyiapkan dokumen sebut harga projek selenggara pejabat tahun 2021.  Turut dijemput ke mesyuarat iaitu En. Webster Wong (Timbalan Pengarah Sumber Mineral, JMG Sabah) dan Dr. Frederick Francis Tating (Timbalan Pengarah Geosains, JMG Sabah).  Ahli Jawatankuasa yang dipilih adalah mewakili setiap unit dalam jabatan.

AJK diketuai oleh ChM. Dr. Morius Bantas (Timbalan Pengarah Makmal, JMG Sabah), akan merangka dan menyiapkan 2 buat dokumen sebut harga iaitu CIDB Gred G2 Kategori ‘B’ & ‘C’ iaitu Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Pembaikan Pagar Keselamatan Pejabat Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah yang dijangka siap dalam tempoh 4 bulan dan CIDB Gred G1 Kategori ‘B’& ‘ME’ bagi Kerja-Kerja Penyelenggaran Dan Pembaikan Pejabat Blok Api-Api Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah yang dijangka siap dalam tempoh 3 bulan.  Namun, penyiapan kerja-kerja ini adalah tertakluk pada arahan dari masa ke semasa SOP PKP Covid19 Kerajaan Negeri Sabah.

Dengan adanya projek-projek selenggara dan naiktaraf seperti ini dapatlah menjamin keselamatan kawasan pejabat dengan lebih cekap disamping keselamatan dan kebajikan kakitangan warga JMG Sabah itu sendiri.

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PAGAR KESELAMATAN PEJABAT SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SABAH

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PAGAR KESELAMATAN PEJABAT SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SABAH

KOTA KINABALU (OKTOBER 2021) : JMG Sabah telah siap menjalankan kerja-kerja membuat penyelenggaraan dan pembaikan semula ke atas struktur pagar keselamatan termasuk pintu pagar utama dan pintu pagar belakang di sepanjang kawasan pejabat di Jabatan Mineral dan Geosains Kota Kinabalu, Sabah.  Pagar keselamatan di sepanjang kawasan pejabat JMG Sabah telahpun dibina sejak tahun 1980-an lagi. Kali terakhir penyelenggaraan dibuat ke atas pagar keselamatan tersebut pada  tahun 2006 dengan menggunakan peruntukan dari pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah.

Penyelenggaraan dan pembaikan struktur pagar keselamatan ini adalah menjadi keutamaan jabatan pada tahun 2021 memandangkan keadaan pagar tersebut telahpun uzur dan banyak yang koyak. Ini memudahkan pencerobohan dilakukan dimana telah terjadinya satu kes kecurian pada pejabat JMG Sabah pada 31 Mac 2020 yang telah mengakibatkan kehilangan aset-aset kerajaan.  Kerja-kerja ini telah mengambil masa selama 4 bulan 2 minggu dan telah siap pada penghujung bulan Oktober 2021 yang lalu. 

Diharap kerja-kerja seperti ini akan terus diberi perhatian terutama bangunan-bangunan cawangan JMG yang sudah semakin uzur dan merbahaya kepada kakitangan.  Pihak Pengurusan berterima kasih kepada jawatankuasa penyelenggaran yang telah dilantik kerana menyiapkan dokumen sebut harga dan memantau pelaksanaan projek tersebut sehingga siap sepenuhnya.

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PEJABAT BLOK API-API SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SABAH

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PEJABAT BLOK API-API SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, SABAH

KOTA KINABALU (OKTOBER 2021) : JMG Sabah telah siap menjalankan kerja-kerja menyelenggara pendawaian dan menaiktaraf Makmal Min & Pet, Stor batuan serta ruang Muzium di Blok Api-Api, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah beserta kelengkapan dan lain-lain kemudahan untuk mewujudkan tempat kerja yang selamat serta mampu menampung kekurangan ruang pejabat yang sedia ada. Sebab-sebab diperlukan adalah kerana Bangunan Blok Api-Api yang telah dibina sejak tahun 1960-an ini semakin usang dan tidak lagi selesa untuk diduduki. Pada masa ini, Blok Api-Api menempatkan kakitangan dari Unit Geosains (Aktiviti Pemetaan), Muzium Geologi serta Makmal Mineralogi dan Petrografi.  Kerja-kerja ini telah mengambil masa selama 3 bulan dan telah siap pada penghujung bulan Oktober 2021 yang lalu. 

Diharap kerja-kerja seperti ini akan terus diberi perhatian terutama bangunan-bangunan cawangan JMG yang semakin uzur dan marbahaya kepada kakitangan itu sendiri.  Jabatan berterima kasih kepada jawatankuasa penyelenggaran yang telah dilantik dalam menyiapkan dokumen sebut harga dan memantau pelaksanaan projek tersebut sehingga siap sepenuhnya.