KOTA KINABALU JMG SABAH (05 MAC 2019) : Mesyuarat Bil. 3/2019 ini telah diadakan bagi meneliti semakan terakhir persediaan seminar tersebut. Beberapa perkara yang telah disentuh adalah peranan ajk pelaksana, backdrop seminar dan susun atur ruang seminar serta pengesahan kehadiran jemputan/peserta seminar tersebut. Turut dibincangkan adalah mengenai para penceramah, bilik urusetia, rapporteur dan lain-lain seperti buku program, cenderamata, sijil penceramah dan peserta, taklimat keselamatan (pihak hotel) dan tag nama lanyard. Hasil dari perbincangan ini telah menghasilkan satu sistem perancangan yang lebih teratur dan terurus. Satu Persembahan (latihan) Ceramah oleh penceramah JMG SBH (En. DD Daulip dan En. Aidil) juga telah diadakan pada 6 Mac 2019.