CSR : KERJASAMA BKKI JMG SABAH DAN AKRAB KATS

CSR : KERJASAMA BKKI JMG SABAH DAN AKRAB KATS

KOTA KINABALU, SABAH (22 OGOS 2019): KHAMIS, Sinambungan daripada Kursus Pemantapan AKRAB KATS pada awal Julai lepas di mana satu lawatan CSR akan dilaksanakan ke Hospital Queen Elizabeth II.

Rombongan lawatan CSR kali ini diketuai oleh Pengerusi BKKI yang juga merupakan AKRAB JMG, En. Muhammad Umar bin Sarimal. Seramai lima orang kakitangan JMG Sabah turut serta, mereka adalah Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi yang juga merupakan AKRAB JMG, Pn. Khalimah binti Alis (Ketua Pembantu Tadbir), Pn. Suriani binti Ramlee (Pembantu Pustakawan/Ketua Biro Informasi dan Publisiti BKKI), En. Herorisan bin Paruka (Pembantu Geosains/Bendahari BKKI) dan En. Suhaimie bin Suman (Pemandu/Ahli BKKI).

Pegawai yang dilawat kali ini merupakan mantan kakitangan JMG Sabah, Pn. Sinilin Kui yang dulunya merupakan kakitangan di Unit Pengurusan Maklumat berjawatan Penolong Juruukur. Beliau mengidap kegagalan buah pinggang di tahap 5. Harapan kami agar Pn. Sinilin terus tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan ini.

Sumber Maklumat dan Sumber Foto : Penulis

Written by : Suriani Ramlee