FUN : PROMOSI NESTLE KOKO CRUNCH KE JMG SABAH

FUN : PROMOSI NESTLE KOKO CRUNCH KE JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (04 OKTOBER 2019): JUMAAT, Nestle Sdn Berhad telah datang ke JMG Sabah bagi membuat promosi product mereka kepada kakitangan JMG Sabah pada pagi Jumaat 04 Oktober 2019 pukul 9.00 pagi.

JMG Sabah berbesar hati menerima kedatangan mereka. Kakitangan JMG Sabah diberikan peluang menikmati keenakan makanan kesihatan koko crunch yang bukan hanya untuk kanak-kanak malahan sesuai juga untuk orang dewasa. Koko crunch yang sesuai dimakan pada waktu pagi untuk sarapan pagi bersama susu segar atau susu penuh krim.

JMG Sabah berterima kasih atas kehadiran lori nestle membuat promosi makanan sarapan pagi mereka. JMG Sabah berharap agar perkara seumpama ini akan berterusan.

Sumber Maklumat : Penulis
Sumber Foto : Pn. Rizidah binti Majawal

Written by : Suriani Ramlee