KUNJUNGAN HORMAT OLEH UTM KUALA LUMPUR DAN PAKAR ANTARABANGSA DI PEJABAT JMG SABAH

KUNJUNGAN HORMAT OLEH UTM KUALA LUMPUR DAN PAKAR ANTARABANGSA DI PEJABAT JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (27 OGOS 2019): SELASA, Satu kunjungan hormat bagi taklimat program dan kajian santifik Gunung Kinabalu dan Kundasang, Sabah oleh Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan Pakar Antarabangsa di pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Sabah pada hari ini 27 Ogos 2019 sekitar pukul 11 pagi.

Tujuan program dan lawatan ini adalah untuk mendapatkan input berkaitan geologi dan geobencana di sekitar negeri Sabah. Program ini direncanakan akan berlangsung selama dua minggu. Program minggu kedua banyak melibatkan kepada pemetaan di lapangan khususnya di kawasan sumber alir debri di kaki cerun Gunung Kinabalu dan Sungai Mesilau.

Program ini juga merupakan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur (Fakulti Teknologi dan Imformatik Razak, Pusat Ketersediaan dan Pencegahan Bencana- Disaster Preparedness & Prevention Center, DPPC) dan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia –Jepun ( Malaysia-Japan International Institute of Technology, MJIIT).

Program ini telah mendapat sokongan padu daripada Yang Berbahagia Datuk Shahar Effendi, Ketua Pengarah JMG Malaysia. Yang Berbahagia Datuk Shahar telah melantik dua orang pegawai daripada JMG Sabah. Mereka yang terlibat adalah En. Bailon bin Golutin dan En. Mison Ajum daripada Unit Geosains, JMG Sabah.

Turut sama dalam menjayakan program dan menerima kehadiran para tetamu kehormat ke JMG Sabah adalah En. Paulius Godwin ( Menanggung Pengarah JMG Sabah) bersama beberapa orang pegawai lain iaitu, Dr. Morius Bantas, En. Webster Wong Vui Chung, En. Jaineh Lingi. En. Arthur Makulim dan En. Mison Ajum.

Kunjungan hormat ini juga akan menjadi medan perkongsian dan mengukuhkan lagi jaringan kerjasama antara pihak UTM dan JMG dengan pakar-pakar antarabangsa bagi menerokai potensi kolaborasi dalam memahami risiko bencana mendatang dan mengurangkan kesan impaknya di sekitar Kundasang, Sabah

Sumber Penulisan : Penulis
Sumber Maklumat : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee
Sumber Foto : En. Ali Akbar bin Amil Hassan

 

Written by : Suriani Ramlee